Tuesday, 31 December 2013

Challenge in upcoming days.

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Well, as people just can't wait to leave 2013. 2013 which full of lessons, perhaps. 



A few days ago, Hari Khamis. I went to school untuk gotong royong. As the 2 years back, sebelum start sekolah, bulan Disember. Sekolah memang akan adakan gotong royong, kemas kelas. And in the same time, dekat koop akan ada jual buku tulis. Plus, dapat buku teks. 


Yeah! Hari tu waktu datang sekolah, I'm not put a high expectation yang aku akan stay in first class anymore. Result aku bukan strong sangat pun. So, the best way is Redha. 



Kawan aku tarik aku lepas tamat taklimat dekat dewan. Dia bisik, "Jom kita pergi sama. Result kita kan sama." 


As everyone was busy tengok list name untuk first class, aku jalan pergi ke second class. And yeah! Guess what ? I saw my name. I was like, "Nama aku dekat sini!!" (I don't know why I looked like excited) Fortunately, alhamdulillah. Nama kawan yang tarik aku tu pun dekat situ. Not all of them. Maybe, just 3 to 4 of them from my class. At least adalah peneman dikala aku feel like awkward.





Fyi, this is my first time aku turun kelas. Yeah! A very first time. Bukan nak bangga lah. Tapi, in fact aku pernah naik kelas tapi tak pernah kena turun kelas. Bukan rezeki aku, Who am I to against ?



Bila duduk kelas baru ni, overall baru. Classmates baru, kelas baru, suasana baru, guru kelas baru. Satu saja yang mungkin tak berubah, jiran sebelah aku which is tablemate aku. In shaa Allah. Unexpected dia pun sama turun kelas dengan aku.






It's okay and nevermind my dear! Take it as a challenge for us. Challenge which could make us more strong to face upcoming days.



Well,  aku ada jugak terfikir. Aku ni sekarang duduk dekat kelas yang baru not with my 3years-classmates yang dulu. Dengan classmates baru ni bukan tak kenal, bukan tak rapat. Ada saja yang dah kenal, yang selalu tegur, sapa sapa bila jumpa.


But, not as well sangat. So, macam mana aku nak biasakan dengan mereka ?


Fikir, fikir punya fikir. I got an idea!



What if, kalau aku cuba masuk dengan mereka. As my friend said, cuba ringan mulut sapa mereka. Yeah, exactly! Kita cuba masuk cara mereka. Takkan aku, as new classmates nak tunggu mereka tegur aku dulu. Baru aku nak balas balik.




Rugi jadi sombong. I mean, sombong biar bertempat. Kalau dengan classmates tu rajin rajin tegur. Bukan apa, kalau sombong dengan classmates nak bawak ke mana ? Who knows, someday kalau kita perlukan some help, classmates lah orang terdekat yang boleh tolong, kan.



At least, senyum. Senyum kasi manis sikit. Lebihkan gula dalam senyuman bukan dalam minuman. In shaa Allah, dapat pahala sedekah senyuman.




For me, challenge make our life more meaningful. Without challenge, maybe kita kurang rasa nak berusaha.


***********************************************************************


I read too many cliche questions. Apa azam baru tahun 2014 ?


Azam aku biar jadi rahsia aku. Yelah, kebetulan azam 2014 aku panjang sangat. K, taklah. I just make it as my new intention yang aku patut pegang bukan setahun tapi for the upcoming days.


Kalau azam something yang kita target untuk capai dalam masa setahun, perhaps.



Welcome back to school to everyone yang masih bersekolah. Jom tempuh hari hari di sekolah yang mencabar. (Refering to tunggu bas) Semangat baru!



Jangan nak sedih sangat tinggalkan cuti yang dah nak habis tu. Let's let's betulkan niat ke sekolah. Buang yang negatif, ambil yang positif.



Aku masih perlukan motivate untuk tidak mengeluh saja. Haha!


Tajdid & islah niat, kawan kawan.




Doakan kami si bakal tingkatan 4 ini. There are some tips, click here. (Maybe panjang tapi take the point as note) May Allah bless us. :-)


Assalamulaikum. Sayonara.



Thanks to Allah for all had happened to us.


Thursday, 19 December 2013

Pengajaran.

ASSALAMUALAIKUM



Hi there. Hari dinantikan dah tiba. Result pun dah keluar. Aku suka tengok muka orang waktu ambil result. Muka nervous, nak nangis & etc. K, tipu ah kalau aku tak nervous, gelabah semacam. 

Tipu sangat. Tuhan saja tahu betapa laju degupan jantung aku tunggu nama disebut. Tapi sayangnya, rezeki aku bukan disini. 

Apa pun, aku bersyukur Allah bagi aku peluang rasa gembira walaupun bukan segembira budak lain yang dapat 9A , 8A. Aku gembira untuk diri sendiri & turut gembira untuk kawan kawan aku. Congrats semua!!


Nak tahu perasaan aku ? Currently, aku tak menyesal eventhough tak dapat result sebagus kawan kawan lain plus buat ibu & ayah aku tersenyum kerana kejayaan anaknya berulang. 


Sebab, sebelum aku dapat result lagi, aku dah menyesal dulu. 



Umum, tahun ni aku cakap dekat semua kawan kawan aku, "Private result, sorry." 


Orang mesti anggap, "Alah, bukan 9A pun tak nak bagitau result." 


Ya. sebab aku bukan golongan tu lah, aku saja kasi gempak. Tak bagitau orang lain. Biar orang tercari cari result aku. Kalau aku 9A, sah sah orang tak tanya. Sebab dorang nampak aku naik pentas, kan ?



Actually, bukan aku tak nak bagitau. Tapi, sebelum ni pun aku dah boleh agak result aku. Tak mengharap tinggi, tak juga harapkan yang tak sepatutnya. As Ibu cakap,



"Apa yang kita dah usaha, itu yang kita dapat." 



Tbh, aku quite tak serius time exams. Ambil mudah. Main main. And, I got what I've did. Yeah. Kalau nak cakap UPSR dengan PMR ni sangat beza. Absolutely different. Keadaan dan perasaan aku waktu darjah 6 like I don't know how to describe my feeling.



Mungkin, satu perkara yang aku sedar. Aku tak rasa susah payah getir perih aku waktu darjah 6, sekarang. Tuisyen siang malam, hari sabtu pagi petang. Kena marah dengan cikgu. Kena rotan, kena cubit. Kena kuarintin bagai. Sebab, asalnya aku budak yang lemah dalam kelas.



Aku bukan golongan top 20 yang terpilih sarung vest harapan. Tidak, okay. Sampai PPT, baru aku dapat merasa sarung ves tu. Cikgu bagi harapan untuk aku dapatkan yang terbaik.


And, yeah! Thanks to Allah. Finally, apa yang aku usaha, itu yang aku dapat. Aku dapat rasa kejayaan yang aku impikan selama 6 tahun & yang tak pernah aku jangkakan aku perolehi. Aku dapat buat ayah ibu aku kegembiraan bila anaknya ini tak disangka dapat keputusan sebagus itu. 



Tapi, satu perkara aku terlupa bila aku mula jejak kaki aku ke sekolah menengah.


"Kita tak selamanya berada di atas. Di zon selesa."



3 tahun, aku belajar macam macam. Tentang kehidupan, Islam, persahabatan, rasa jadi seorang remaja. Dan, selama tiga tahun ni lah aku kenal social network semua tu. Aku tak salah social network ni. Diri sendiri yang kena pandai manage time, bila nak belajar, bila nak main, bila nak online, bila nak tidur, makan.



Aku kenal ramai orang sekeliling aku. Yang dekat, yang jauh, yang tua, yang muda. Kalau aku fikirkan, 3 tahun ini lagi getir lagi banyak ujian & dugaan banding yang 6 tahun itu.


Aku kenal banyak benda baru dalam hidup aku. Macam macam fiil orang aku jumpa. Fiil aku sendiri belum kira. Aku kenal dunia luar yang aku tak pernah kenal.


Darjah 6 tu, apa yang aku tahu. Komputer pun tak ada. TV dengan handphone saja. Tu pun handphone biasa biasa.



Sekarang, ini bukti apa yang aku lalui. Orang anggap, semua orang rasa benda yang sama. Tapi, kena ingat. Keadaan kita kadang berbeza. Aku tak nafikan. Cara kita yang buat kita jadi berbeza.



By the way, aku berterima kasih & feel grateful of all these years. Jatuh bangun aku, suka duka aku, sakit penat aku, masih ada yang bersama aku. Tak lupa aku. & takkan pernah lupa aku. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang rasa semua tu. This is one of lessons yang paling meaningful sangat dalam hidup aku.




Aku dah rasa macam mana berada di bawah. Perih kan ? Tapi tak perlu nak rasa down sangat. Ini dipanggil ujian. Ujian untuk kita terus beringat, yang kita bukan selalu dekat atas tapi sekali sekala perlu berada dibawah.



"Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya."



Actually, pagi tadi aku cakap dekat Haida, aku tak nak nangis. Memang tak nak. Tapi, entahlah, bila orang serbu tanya aku dapat berapa A, panas pulak rasa mata ni. Sampai tak terjawab soalan tu.



Tapi satu benda yang memang buat aku sebak. Sangat sebak bila ibu datang dekat aku then tanya,



"Dapat berapa ?" Aku tak jawab tapi satu yang aku cuba nak cakap sambil tahan rasa sebak,


"Adik minta maaf dekat ibu sebab tak dapat bagi ibu keputusan cemerlang." Dan kata kata tu tak terucap bila aku sebak sangat ingat ibu akan kecewa dengan result aku.


Ibu terus peluk aku. I'm pretty sure ibu tahu result aku macam mana.



Dan, ibu bukan marah tapi nasihat ibu sentiasa ada bersama aku. Itu yang buat aku untuk terus bangun. Bukan nak toleh belakang. Itu penguat aku untuk terus jalani setiap hari hari yang mendatang.



Thanks a lot, Ibu. <3




One more thing, stay positive lah. Jangan sebab kau tak dapat result yang bagus, kau nak give up, nak down. Aku tegaskan, JANGAN & DON'T YOU EVER.



It's our beginning. Kita ada masa 2 tahun nak tebus balik. Jangan sia siakan dua tahun yang sepatutnya akhir sekali kita isi dengan kejayaan.

You should be trusted with this, "Everything happen for a reason."


Kejayaan & kegagalan itu ada hikmah yang Allah sembunyikan untuk kita terus bangun & berusaha.


Last but no least, to Form 4 to be. Next year is not the right time to 'honeymoon.' Masa itu, masa kita cuba & terus mencuba. Mesti cuba. Kumpul sebanyak mana ilmu yang kau belajar untuk di bawa ke form 5. And yeah, belajar kita bukan sekadar untuk exams semata mata.


Ambil ilmu tu untuk dimanfaatkan pada masa hadapan. Kacang lupakan kulit tu kejam, kan ? Macam tulah kalau kita lupakan ilmu kita.


Jzkk to ibu ayah, cikgu cikgu dan rakan rakan yang banyak membantu. Mabruk & congratulation to 25 student of my school yang dapat 9A.


All of these lessons will be the sweetest ever moment, I think.



Asif jiddan. Sayonara.




Assalamualaikum.




p/s : Ucapan tahniah tu bukan just untuk orang yang dapat result cemerlang. Tapi juga untuk yang kurang cemerlang sebab mereka berjaya untuk mencuba dapatkan yang terbaik. Mabruk everyone!

Sunday, 15 December 2013

Inspiration II

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. This is part 2. Disebabkan aku tak nak entry lagi satu tu panjang bebenor, So, let me continue it here with the same title.



The third one is a novelist. I really adore her novels. Both of them. Dia bukan like others novelist. Seriously, not. Bukan yang suka tulis novel the cliche one. She's different one.



Her writing open up people eyes. And, kenapa aku suka sangat dengan novel dia cause, novel dia bukan 'kosong kosong' punya novel. Simple words, novel dia ada isi. Dalam pada nak bercerita, dia masih sisipkan walaupun tak banyak, sikit ilmu agama for us. Disispkan ayat ayat Quran & hadith untuk kukuhkan lagi kenyataan yang diberikan.


As the two inspiration I've told, why I choose them. Of course about their character, personality. If you know, she has her own style. And, I like the way she wrote her novels.


Her novels bukan dalam kategori Islamik tapi cara penyampaian cukup teratur, kemas & quite Islamik. That's why, aku berani cakap. I not regret reading her novels. Never. Her novels, gives me new & some knowledge that I'd never & didn't know.


She's now a PhD researcher dekat UK sana. Wow kan! Belum 30 years old dah sambung PhD.



And, I like her opinions and her thoughts. Berfikiran jauh.



One thing... May we meet someday, perhaps, Sis. I know you're now so busy & maybe will come back to Malaysia in 2016. It's okay. Wish you luck in PhD. All the best in your life & writing. May Allah bless & ease in every right thing you do & your writing.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


For me, aku anggap mereka as my inspiration bukan sebab pysical mereka. Kalau setakat take them as inspiration just because of pysical baik lupakan saja. Let says kalau mereka memang cantik or handsome. Tu semua a gift from Allah. Siapa kita nak tolak ? Just appreciate what have given.


And, kadang orang cakap inspiration tu from idol. Tapi, aku anggap inspiration is inspiration & Idol is idol. Two different words with two different meaning. Sebab, aku tak pulak anggap them as my Idol. Just, someone yang bagi inspirasi bila kita berfikir, bila kita nak doing something.


Idol tu someone yang kita puja & contohi. As people nowdays, yang dok puja puja entah retis semua tu. In fact, tak ada faedah nya. Setakat minat sikit sikit takpe kot, tapi kalau dah sampai tahap fanatik kebenda. Hentikan. It shouldn't happen.


Lain lah kalau mereka yang di minat tu someone yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Every words yang keluar daripada mulut mereka mengingatkan kita kepada yang Maha Esa.



But, I prefer. The only best idol and mankind is our Prophet Muhammad SAW. The Idol of Ummah.


Idola terbaik sepanjang zaman. Idola yang sepatutnya dicontohi.


Apa yang menyedihkan plus pelik jugak, bila mereka menyalahgunakan agama untuk kepentingan sendiri. How cruel! Sampai kadang aku terfikir, 'apa niat mereka sebenarnya buat macam tu ?' It's depends on our intention. Kalau niat baik, it's okay. Tapi kalau sebaliknya. Waallahua'lam.




Yeah. Because of them. But, because of my parents I'm here. And, because of Allah, I could breathe & I was given chance to learn more about life & the beauty of Islam. Alhamdulillah. Thanks to Allah. 


Asif jiddan if our opinion are slightly different. This is what I thought. And, don't worry your opinion still be accepted if tak bercanggah. Haha! Thanks, friend, sister, brother for being inspiration of me. Jzkk!!



Last but not least, doakan kami ya untuk 19hb ni. May everything will be alright & Allah gives us the successful. In shaa Allah. Ameen. 



One more thing, terima result yang kita dapat dengan hati yang terbuka & anggap itu sebagai pengajaran  setelah sepanjang hampir 3 tahun kita berusaha. Either it'good or not. Redha. 


Time goes on and on. 2014 is coming for half of a month. And yeah, for the new year with new wills. Pray for 2014 will be better than 2013. Peace! 



Asif lah kalau aku terlalu over dalam bercerita. 




Assalamualaikum. 



Friday, 13 December 2013

Inspiration.

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Actually, aku kembali nak menulis cerpen tapi ketandusan idea tu kekadang cukup menghalang. A few days to go, my result will come out. Everyone just like very excited, woah! but I know they're so nervous. Same goes to me. Pretty nervous. One thing in my mind is, would I repeat the same successful in 2010 ? A very worth year ever. In shaa Allah. And, a stern warning for anyone who know me, don't ask me. 'What's my result ?' 'What I got.' Etc 

Kalau dah tahu, diam diam (zip mulut tu)


Bukan sombong tak nak bagitahu result tapi, hak result terletak penuh dekat aku. It's either the result is good or not. Kalau perlu baru aku bagitahu. If not, just say sorry & bye!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Did you have an inpiration in your life. For sure, everyone has their own inpiration. And, me too. I'm serious excited kalau bercerita pasal who are my inspiration. Aku highlightkan 3 yang betul close to me. (I'll not mention their name.)



First, A Friend
Second, A Pendakwah (An Anonymous in social network)
Third, A Novelist. 


You should ask me, why don't I choose the best one maybe like parents. You have to know that, I really amzed my parents. Really and much. 


Everyone has their own personality, character, pysically, etc. But, why I choose them, cause they really inspire me. 



For the first, a friend. Aku tak tahu lah, kalau di mata orang lain maybe nothing special pada dia untuk jadikan inspiration. But, for me. Terlalu banyak. I don't know why I choose her. She's just an ordinary girl. Tapi cara pemikiran dia, berkembang 5 ke 10 tahun akan datang. The way she is. Eventhough, dia agak keras & kasar orangnya. Kalau kenal dia betul betul, dia ni okay saja. 



Surronding dia yang buat dia jadi macam tu, perhaps. But, once dia rapat dengan seseorang, dia memang trutly sayang. Dia akan berkorban & akan buat orang yang dia sayang, happy. That's it. She'd never care what people would say about her. That's her. She has her own character. Paling penting dia sangat jadi diri sendiri. 


Dia tak pula terasa nak tiru someone else. Kalaupun orang lain rasa dia ketinggalan zaman sekalipun, dia tak kisah. Dia lebih suka dengan cara dia. 


Ya, sometimes I ever feel like yang dia ni annoy jugak kalau bab bagi pendapat. Lagi lagi, kalau aku tanya, "tudung aku okay tak ?" or maybe "kau rasa mana yang elok ? (bila aku bagi pilihan)" She would give the simplest answer lah. 


"Okey je." 
"Mana manalah. Suka hati kaulah." kekadang aja dia akan bantu dalam buat pilihan. Argh!


Cita cita dia sangat tinggi mengunung. Like gunung everest. As what I said, dia berfikiran jauh. Impian dia yang kadang tak terfikir dek otak orang lain. She really wish that her dream will come true. 


She's quite different from others person that I ever met. Things the most funny is dia susah nak judge or nilai orang, I mean dia tak pandai nak cakap orang ni cantik ke, handsome ke. Susah K. Dan, selalunya orang yang dia cakap handsome mesti kartun bukan the real people. They should be lucky for that 'pujian'. Haha. Lol! 


Actually, aku suka dengan character & personality dia. As, we all know. Nobody's perfect. Tapi, dia cukup tabah & sabar menjalani setiap ujian hidup. Honestly, aku susah nak nampak dia nangis although she's a girl. I could see how strong & tough she is to face the hard time in life. Dia jarang nak tunjuk muka ada masalah depan aku. Muka yang dia tunjuk mesti muka selamba. Just like, 'nothing had happened, yesterday.' 


The truth thing is we'd never declare as best friend or Bff, etc. Like, other friends saw us as a very close friend. We just friend yang selalu kongsi cerita, masalah, pendapat, favourite, interest. And, I'm just thought her as my inspiration. That's all. 


Wish you, me & batch 98's all the best for the PMR result. Stay strong, babe. Good luck in your life and every the right things you do. Remember, Allah is the best planner & also the great listner. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Second, a pendakwah. Actually, he's just a student who is now studying in oversea. Eventhough, he stay in oversea tapi dakwah still jalan. Still ada usrah. And, I choose him after I know him from one of my friend. Ya, my friend also amazed him(actually, admire him. haha) 


At first, aku just tahu nama twitter dia. Then, I'm just curious, why my friend adore & admire him ? (Nama twitter pun dah pelik). So, aku bukak twitter dia and I started reading his tweet. Oh my! Sentap habis. Kena batang hidung sendiri. Tapi, apa yang dia tweet tu, ada betulnya. 


From that time, I started stalk his twitter & often RT his tweet. (seems not good for health. lol) Tweet dia of course like tweet Islamik tapi yang bestnya cara dia tweet tu sempoi habis. (Even, kekadang sentap jugak). Dekat bio dia, aku nampak ada link blog dia. Aku visited blog dia.


Unexpacted, I spent my night just to read his blog. Definitely, I not regret at all. I got too many points from his entries! Since then, aku follow perkembangan dia. (hehe) Although, I exactly know he's a man who introduce himself as anonymous. 


Apa yang buat aku jadikan dia as my inspiration is charater dia, personality dia. The way he is. To be honest, aku bukan cakap pasal pysical dia either he's handsome or not. I don't care. Senang cakap, aku terpikat dengan cara dakwah dia, sikap dia sendiri. Ya, even I'd never know who is he, what's his real name, how old is he and where he lives. 



He being his own self bila berdakwah. Bukan semata mata nak kejar follower ramai. No. That's what I respest of him. He made me want to change, he also realized me slowly. He brought me to stay close to Allah and always remember Him. Alhamdulillah. Dia jugak buat aku suka sangat dengan usrah. Ukhuwah di dalam usrah itu sendiri. 


Before this, aku suka baca ask.fm dia. Kelakar sangat jawapan dia sampai gelak gelak and my dad looked me so weird. Haha! Dekat situlah, he's being so friendly.



And now, aku faham dia busy with his study as a medic student. 



One thing... I miss. I mean, I miss his tweet about realising people, I miss to read his blog that give too much points. I miss his dakwah. DnT.



Thanks for realising and being inspiration of me even in silence, dude! Jzkk. Nice to know you. May Allah ease & bless you ala kulli hal. Wish you luck in life. Move on! We need you as our pendakwah!



This should be to be continue in next entry. Kang kalau sambung, panjang sangat pulak entry. Karang bosan negok aku membebel. Jk. Haha! 



Assalamualaikum. 

Monday, 2 December 2013

"We can't turn back time."

ASSALAMUALAIKUM



Hi there. Yeah! It's december. And, we candidates PMR sangat tak sabar menanti sesuatu yang sangat dinantikan. What else, kalau bukan result. Haha. Kau tahu, penantian result tu satu yang menyeksakan. K tipu. Hiperbola terlajak. 


Cuti ni aku lansung tak plan apa apa. Repeat, tak plan apa apa. Kalau kau tahu life aku waktu cuti sekolah ni, kau rasa macam nak lempang aku laju laju. 

Tapi...

Ada something beneficial yang sedang aku lakukan. In shaa Allah untuk kebaikan aku dan kita bersama. Dan, tak perlulah aku hebahkan. Cukup, aku & Dia tahu. Hanya boleh dikatakan sebagai pembaik pulih diri. 

Aku tak kemana mana. Duduk rumah diam diam. Baca novel, tengok TV, research, makan, online, menulis, etc. 


Lagipun, aku dah penat dengan argue argue semua ni. Sebab last sekali, aku yang sakit hati & menangis. So, better I stop it sebelum ada hati terluka, kan. 


Lifeless ? Tidak kot. Aku ada terbaca makna sebenar lifeless. Dan alhamdulillah tak sampai tahap tu lagi. 


Okay, cukup.



Aku takde cerita best untuk aku kongsikan. Tapi.. let's kita bercerita. 
-
-
-
-
-

Hoho. Aku nak masuk form 4 tahun depan. Oh my! Percaya tak ? Percaya tak ? Kalau kita sedar, masa tu berlalu dengan pantas. Well, as we know. Tak ramai yang sedar. Same goes to me. Masih dok wasting time. 




Tahu tahu saja aku dah habis PMR, dah cuti sekolah, tinggal tunggu result saja. And, a month to go, perhaps. Dah masuk new year. 2014. Wow! 



Aku masih tercari cari, apa nak buat ni. Kalau macam tahun lepas, boleh lah nak study for PMR. Habis for next year ? Aku belajar apa ? Semua dah baru. 


Buku baru, kelas baru, cikgu bertukar kot, kawan baru kot, rules baru, pelajaran baru and even course yang patut dipilih pun, I still like blur... Apa yang patut aku ambil for the next year ? My mom always says, it depends on my result. K tunggu result lah ni. 



Actually, dalam proses pembaik pulih diri tu. Serba sikit, terselit rasa menyesal. Ya, aku patut sesali itu. 


Aku tak belajar sungguh sungguh. Dan, bila belajar bab Tarikh Islam, PI, sains, BAM (Sorof, mutala'ah, nahu), feqah, & etc, aku tak cuba fahamkan betul betul. Tak sungguh sungguh. 



Bila aku start membaca new things, do some researches, aku jadi blur sekejap. Aku rasa macam pernah belajar tapi tak ingat, tak faham. Hmm it's being like wanna cry.



Sekadar belajar tapi tak manfaatkan dalam hidup kita. Penat cikgu masuk kelas, bagi explaination panjang panjang, then, bagi latihan itu ini, nota nota penting. Tapi, kita anggap itu sekadar untuk exam. Guna sampai exam saja. After that, kirim kan salam saja. 



Apa guna kalau kita belajar tinggi tinggi tapi kita tak amalkan, tak manfaatkan ilmu yang kita belajar, kan.


After this, what if keluar dari mana mana majlis ilmu, tak kira dekat mana sekalipun. Kita together try kongsi what we've learnt. Cuba praktikkan apa kita dapat dari majlis ilmu tu.


Ehem, yeah. Kata nasihat makan dalam buat diri sendiri jugak.



But, we can't turn back time. Just move forward. Let bygones be bygones.



Nota kaki tangan telinga mulut mata, bila kita nak berubah. Itu namanya kita kembali kepada fitrah. Nak berubah, bukan perkara senang. Pada awalnya, sesuatu yang kita nak buat tu agak susah & berat. Tapi, ada seseorang ajar, dia kata paksa diri. Then, istiqamah. In shaa Allah, lama lama kita akan biasa. Try bisik kat hati, 'I can do it!!'


Orang lain tak boleh bantu diri kita. Kita yang kena bantu diri sendiri. Mereka sekadar menyampaikan.



Aku dah type panjang sangat dah ni. I hope you get my point even just a bit. Haha.



(I really miss my friend. I just wanna meet them.  And, I just thinking that I should learn or maybe recall again what I've learnt about Arabic vocabulary & grammar. Hmm. Hmm.)




Sayonara. Assalamualaikum.


Amaran keras : Sebarang pertanyaan mengenai result PMR, tidak akan dilayan. Either it's good or not.



p/s : I found my third inspiration. Thanks, Kak Iman. (Evelyn Rose)

Sunday, 24 November 2013

Taekwondo

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. How's your school holiday, guys ? Is everything going fine ? Oh. 



Aku rinddduuuuu sangat nak training balik. Sangat rinndduu. Nak jumpa sir, jumpa kawan seperjuangan. (Ni bukan nak perang k) Rindu sparing, rindu nak sepak punching bag. Okay, sungguh rinddu.

Disebabkan cuti sekolah ni langsung takde training ia telah membuatkan aku macam orang takde benda nak buat. 



Bukan takde training langsung cuti sekolah ni. Ada saja. Sir ada buat dekat tempat lain tapi bukan dekat sekolah. Aku memang terasa nak sangat pergi. Tapi...


Excuses banyak. K ni tak elok untuk sivik.


Before cuti sekolah lagi, aku dah siap siap cadang dekat kawan kawan seperjuangan yang aku nak ajak training cuti ni. Dan kau tahu, sambutan yang sungguh hambar. Serius hambar lah. Umpamanya, ada ramai orang, tetiba satu lampu sportlight tersuluh dekat aku sorang. Tu dipanggil hambar ya. 




Nak aku explain tak ? Okay, semua orang dah tahu. Saja nak repeat bebanyak kali. 

Belt tu ada peringkat peringkat dia. First sekali, belt putih, kuning 1,2, hijau 1,2, biru 1,2 merah 1,2 and lastly hitam. Untuk dapat semua tu kita akan ada ujian. We called it as greeding. Waktu tu, kita akan diuji apa yang kita dah belajar sepanjang training, If lulus, kita akan dapat belt yang seterusnya. If not, terpaksa kekal dan kena tunggu greeding akan datang. Fail tu nauzubillah.



Fyi, bila nak start ke belt kuning 2, kita akan belajar taegeuk. Apakah itu ? Sila google ya. Bagi aku ini yang paling mendebarkan. Kalau terlupa, masak nak ulang. 






Ni sparing tahun lepas. Waktu aku pakai belt kuning 2. For the first time aku masuk tournament. Partner lawan pulak kawan sendiri. Memang kau akan diselubungi rasa bersalah lepas habis perlawanan. And alhamdulillah. Aku tak ambil pun pingatnya. Mereka yang ambilkan untuk aku. Sebab aku terdahulu pulang. Haha. 


K tu kisah tahun lepas. Tahun ni belum ada apa apa tournament yang aku sertai atas masalah masalah tertentu yang dihadapi plus, ibu tak galakkan sangat. PMR kan. Hmm. Enough with greeding. 



Kau tahu kenapa aku pilih taekwondo ? Sebab dulu aku selalu kena buli dengan abang aku. Aku rasa diri aku lemah. So, I have to defend myself. Dengan cara ni, aku rasa aku boleh lawan dia. 



Tapi sebenarnya, cara ni salah. It's seems like nak balas dendam. 


And, taekwondo is not to revenge but to defend ourself. 



So, jangan salah adaptasikan maksud seni mempertahankan diri. Dan, tak perlu takut nak sertai seni mempertahankan diri ni. It's also good for girls, actually. Dunia sekarang mencabar. There are too many unpredictable people out there. Ini sebagai langkah berjaga jaga kan. 


Ahh! I can't wait for taekwondo 2014 in my school. Hopefully, it will much better than before. 


Assalamualaikum. 

Tuesday, 19 November 2013

Kawan.

ASSALAMUALAIKUM





Hi there. I don't know what the motive I write this, actually. Aku sepatutnya tidur waktu waktu macam ni. Memandang pagi nanti, aku kena pergi reunion with my ex classmates, 2010. Tapi, maybe aku dah terbiasa tidur lewat. Macam ni lah jadinya. 





I just keep thinking about this. I don't know why. But it's all about FRIEND. 



Aku ramai kawan. Tapi itu semua just gelaran kawan. Kalau dulu, aku sibuk sangat cakap dia ni bestfriend forever aku, dia tu bestfriend forever aku. Until I met 'someone' who quite different from others people that I ever met. Aku berfikir sejenak. Dalam ramai ramai tu, who is the great of my friend erti kata lain, sahabat ?



Sahabat yang selalu ada disamping aku
            yang selalu ada bila aku memerlukan. 
            yang selalu akan dengar luahan aku
            yang selalu bagi pinjam bahu bila aku rasa nak menangis
            yang selalu terima aku seadanya
            yang selalu akan guide aku bila aku salah
            yang selalu akan tegur aku.
            yang ada untuk defend aku.
            yang selalu ada protect aku


Banyak lagi kalau nak senarai.



Lepas aku banyak bercerita dengan 'someone' tu. Dengar cerita dia. And of course about friend. Aku terus stop, labelling bestfriend forever to my friend. Takkan semua kau nak gelar bestfriend forever kan. Mesti dalam one of them yang kau anggap, too special for you. I realised that.


And I'm still searching. Who could be my Sahabat. Kalau ikut meaning yang sebenar sahabat tu, 


"Someone yang bila kita pandang dia, kita akan ingat Allah. That's what we call SAHABAT."



Tbh, aku jumpa ramai yang layak. Tapi untuk memenuhi karateria, my answer is not yet. Eh, aku bukan memilih sangat. Tapi ni untuk kebaikan diri sendiri. Kalau diberi pilihan, mesti kita nak kawan yang betul betul memahami kita. Kalau boleh sekepala. Semua benda nak sama. 



Tapi kalau kau tahu, tak semestinya yang semua benda tak sama tu tak boleh jadi kawan.





Boleh saja, sebab perbezaan tu yang akan merapatkan hubungan persahabatan tu. Perbezaan tu mengajar kita erti persefahaman, toleranse sesama kawan kita. Umpamanya, bila sorang suka baju biru, sorang suka baju merah. Salah seoarang kena mengalah. Tapi kalau beli dua dua pun apa salahnya. Boleh tukar tukar.


See. The difference will be in common. 



Ibu selalu pesan,


'jangan meletakkan kepercayaan pada seseorang tu hundred percents.'



That's why, pemilihan actually penting kalau nak berkawan. Orang sekarang tak macam orang dulu. So, please don't judge the book by its cover. Tak payah nak pilih yang cantik/hensem sangat pun tak apa. Janji hati dia ikhlas. Bukan kawan bersebab, as what Anna Khayalan said.



I feel like awkward to say about this. But I'm trying. Haha. Rasa macam tak layak. Kekadang aku sendiri tak berlaku adil dengan kawan kawan aku. Terlebihkan yang sorang ni, sampai neglect yang lain. If you know, I never meant to do it. I'm sorry, guys. Asif Jiddan.




As Mato said, 'orang yang aku percaya itulah kawan aku sebenarnya.'


I hope, you get my point here. Haha. Assalamualaikum. 



Nah, tatapan buat kenang kenangan.



Friday, 15 November 2013

Pretending.

ASSALAMUALAIKUM


Aku dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia. 
Dengan ragam aku sendiri jugak yang amat memeningkan orang sekeliling aku. 



'Pura pura gembira padahal hati, Tuhan yang tahu.' 'Fake smile.'


Aku tak tahu macam mana dia boleh sekuat ni. 
Aku tahu hati dia. I feel her. Even, aku tak rasa seteruk dia. 


Dia buat cool macam tak ada benda. Dia senyum, dia ketawa. 
Macam hari hari hidup dia happy without any problems. 




Aku tahu dia kekadang rasa nak menangis. Tak kuat. 
Tapi dia tak pernah nak nangis depan aku. 
Macam mana ?


Hati aku jadi tertanya tanya, semakin nak tahu
Apa masalah dia, apa yang dia rasa.
Takkan aku nak tanya tiba tiba pasal personal dia


Aku kasihan dengan dia. Sangat. 
Tapi aku sekadar mampu menjadi pendengar setia dia. 
Peneman dikala disunyi
Penglipur lara ketika dia sedih.


Tapi dia tak pernah tunjuk betapa sedihnya dia kepada aku. 
Hmm. 
Tak mengapa. Aku tak kesah. 


Kau perlukan masa bersendirian. Masa kau menghemburkan segala rasa.
Aku faham, babe. 
Kau bukan macam orang lain yang pernah aku jumpa. 


Ingat tau, Allah ada. Aku ada. Ramai orang yang sayangkan kau ada. 
Remains this, babe.
I'll be there when you need a shoulder to cry.
And I'll be there to wipe your tears. 



Kawan. Aku tak mampu berkata pasal kawan. Aku tak adil. 



Hmm. Asif Jiddan. 



Assalamualaikum.

Thursday, 14 November 2013

Bahagia


ASSALAMUALAIKUM




Baru aku rasa apa itu bahagia.
Aku rasa sendiri
Perasaan bahagia yang tak pernah aku sedari,
Langsung.
Bila melihat orang yang kita sayang, bahagia.


Aku tak pernah tahu atau sedar dia sebahagia ini.


Walaupun pernah timbul perasaan benci dengan sikap dia,
Tapi lama kelamaan perasaan benci itu mula hilang
Kerana, air yang cincang takkan putus
Lagipun, tiada guna membenci sesama manusia.


Ya, aku sedar. 
Aku rasa bersalah kerana tidak berdaya menegur dia
Tapi kau tahu, itu bukan satu perkara mudah bagi aku
Aku sekadar mampu menegur melalui doa.


No matter what,
Aku harapkan dia terus bahagia
Walaupun dia tak pernah tunjuk sama ada dia bahagia, gembira atau sedih.


(Hopefully, we together change to right way (Jalan Allah)
And also you could guide me, before you guide someone who will be your partner, soon.)



Cukuplah. Semua orang berhak peroleh kebahagian mereka sendiri.
Bukan aku seorang, kan.
-
-
-
-
-
-
-
-

Seminggu dia tak ada dekat rumah,



Tak ada gaduh, tak ada berebut itu ini, tak ada yang menyakitkan hati. Aman kot.



Ibu selalu cakap, 


"kalau ada depan, asyik gaduh saja. Tapi bila tak ada depan mata, sibuk tanya."



Dan dia kata, "Biasalah, lumrah adik beradik."


Hmm. 


Aku doakan kau sentiasa berjaya dalam hidup. 
Dalam menempuh segala ujian hidup yang pelbagai. 
Dan kau berubah ke arah yang lebih baik. 
Juga, kau menperoleh jodoh yang terbaik, yang bakal kau bimbing dia ke syurga, kelak. In shaa Allah. 


Thank you for all your sacrifices antara sedar atau tak. Thanks for everything. 


Hard to say, Aku sayang kau, abang. 


Assalamualaikum.



Oh Ha! Will be deleted anytime.

Monday, 11 November 2013

Zaman Aku kecik.

ASSALAMUALAIKUM

Sorry take it without permission. Credit to Owner.

Maaf, kalau aku membebel. Read status up there, okay. I'm writing refering to this status. 

Hi there. Cuti sekolah belum lagi bermula. Tapi aku lebih dahulu cuti. Sebab sekolah dah tak perlukan kami. Oh man! Statment melampau. Taklah. Sekolah dah cutikan dulu. Lagipun instead of tak buat apa apa then buat bising, menganggu budak nak exams, baik cutikan terus. Kan?

Zaman kecik kecik dulu memang best habis. Sangat lah. Rasa macam nak balik pada zaman kecik kecik. Tapi apakan daya aku. Hmm. 

Okay. Kalau nak cerita pasal zaman kecik kecik, tak habis satu entry lah. Lagi lagi kalau aku yang bercerita. Kalau kau tahu, keciknya aku sangat lasak. Apa yang abang aku main. Tu jugak yang aku main. That's why, perangai aku dulu agak macam lelaki sikit. (Terbawa sampai sekarang) Astagfirullah. Tapi sekarang dah kurang. (Gua bukan gegirl sangat)

Zaman tu, aku rajin tengok kartun. Dragon ball, ninja turtle, detektif canon, pingu, etc. Tu semua favourite aku lah. Banyak sangat kalau nak senarai. But then, banyak kartun semua dah takde sekarang. Sedih pulak. Tapi tak lah semua kartun sekarang aku tak berapa minat. Certain je. Sanggup nangis nangis nak tengok satu satu kartun tu.


Waktu aku darjah 3- 5, aku dengan kawan kawan memang minat tulis biodata. Satu buku, penuh dengan biodata kawan sekelas. Setiap seorang tu ada biodata dorang dalam tu. And because of tulis biodata dalam buku kawan aku tu lah, ada satu peristiwa yang kelakar sangat. And I can't forget it even until now. Then, kalau bab tulis surat surat ni. Memang rajin. Asal gaduh tulis surat. Kawan duduk depan belakang, tulis balas surat. 

Paling rajin tulis surat, darjah 4, 5. Suka dekat someone tulis surat. Past dekat orang tengah as postman/girl. Sampai naik renyuk kertas tu. Kelakar habis kalau ingat balik. Asal puasa nak raya, pergi koop, beli kad raya bebanyak, then tulis bagi dekat kawan. How cute!

Sekarang mana ada macam tu dah. Orang sekarang dah moden. Tak payah nak tulis tulis kad raya, surat nak minta maaf bagai. Ya, I really miss that moment. 

Budak lelaki pulak kalau dekat sekolah petang (Sekolah agama), waktu rehat je mest main. Main pemadam lah, main gasing lah, main bola, galah pajang. Macam macam lah sampai kena marah, kena denda. Yang perempuan, main batu seremban, main kad uno. Seriously, best sangat waktu tu. 

Fyi, semua mainan yang di mention kan, alhamdulilah aku pernah main. Konda kondi aku pernah main sekali. Kereta desh, control car, yoyo, beyblade. Paling lasak, tak silap aku, race basikal then bila berlanggar jatuh. Sahih lah lutut sapu jalan. Pehh! Banyak sangat nak senarai lah. Excited kalau ingat balik semua tu. Mesti gelak sorang sorang tak pun senyum sorang sorang. 

Tapi jam G-shock famous waktu aku form 1 dengan form 2. Abang sanggup beli pelbagai colour buat koleksi. Sampai aku pun terikut pakai. Bila sorang pakai, semua nak pakai. Tu kita panggil trend. Macam sekarang, trend yang pelbagai plus sungguh weird!

Kalau diizinkan aku balik semula pada zaman tu, memang aku nak sangat. Tak payah fikir banyak masalah. Just happy with my life. Hmmmm. Tu semua dulu. 

Lasak tak lasak aku waktu kecik. And actually, banyak permainan lelaki aku dah try main. Like bola semua tu. Tapi sekarang aku dah kurang follow up pasal bola ni. Kekadang saja. Ahak.




Terlalu manis kenangan zaman kita kecik. Tika itu, tiada masalah yang perlu diambil berat. Hanya kegembiraan dan keseronokkan yang sering berlegar di fikiran. Tapi sekarang tak seperti dulu. Kanak kanak sezaman kita kini mungkin tidak dapat merasa keseronokkan itu. 

Kecilnya mereka sudah dibelenggu masalah. Apalah dosa anak kecil itu ?



Tarik nafas. Hembus.



Kenangan terindah dalam hidup. Zaman aku kecik. 



Sayonara. Assalamualaikum. 









Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah.

ASSALAMUALAIKUM


I just delete what I have wrote before. Aku rasa macam merepek aje apa yang aku tulis. Dan rasanya langsung tak beri apa apa faedah. 



Memandangkan hari ni Awal Muharam. So, I just wanna say Salam Maal Hijrah to all muslim. Let's change our intention to the new one. Fahamkan erti sebenarnya 'Hijrah'.

Maaf aku tujukan buat yang membaca blog ini, ibu dan ayah, rakan rakan seperjuangan serta muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini.



Maafkan aku Jika Aku Khilaf dan Salah
Bimbing aku Jika Aku tersilap langkah. 



Aku insan biasa. Sungguh aku tak pandai menyusun kata. 




In shaa Allah, akan aku isi cuti sekolah ni dengan perkara yang berfaedah. (Aku sedang menulis satu cerpen sekarang.) sekadar penambah untuk mengisi masa terluang. 





Sayonara. Assalamualaikum. 

Sunday, 27 October 2013

Terengganu.

ASSALAMUALAIKUM




Hi there. I'm back. Long journey to Terengganu was too tired. Memang so tired lah. Well, actually journey ke sana sebab aku hantar pengantin perempuan yakni kakak sedara aku. Fyi, this is my first time aku pergi sana. So, excited and agak jakun jugak lah. We started our journey at 8.30 pm.


It's took about 7 hours nak sampai sana. Hambik kau! Sakit belakangnya, Masyaallah. Tuhan saja tahu. Tidur tak tidur je. Senang cakap, tidur tidur ayam lah. Kejap bangun, kejap tidur. Then, tukar tukar tempat duduk gara gara tak selesa. Duduk pun macam bos besor. Kaki entah mana sangkut. Okay, itu melampau. Jangan tiru tak elok untuk sivik.

Then, we arrived there at almost 5 am lebih. Target pukul 3 macam tu. Berhenti je entah berapa kali. Sampai ngidam gara gara lapar. Pepagi pukul 3 lebih, waktu berhenti dekat R&R tak silap aku. Cakap kat ibu. "Lapar. Tapi tak nak makan beehun goreng. Nak nasi goreng." Sungguh merepek tahu. Mana nak dapat nasi goreng pepagi macam tu.




Sarapan pagi makan beehun dua jenis plus nasi dagang. Ada sedare request nak sangat makang. So, dapatlah rasa for the first time jugak. Then, sempat jugak jejalan kat Pasar Payang. Tapi sekejap okay. Bunyi macam tak puas sikit. Ibu bukan main borong keropok banyak banyak. Aku macam takde mood nak beli apa apa even ibu dah pelawa.

Pukul 1.30 pm hantar pengantin. Then, bertolak balik pukul 2 lebih.



Selamat Pengantin Baru, akak dengan abang.

Journey balik lagi menyeksakan banding pergi. Subahanallah. Allah saja yang tahu. It's took almost 10 hours. Imagine, duduk dalam van tu. Sakit belakang lagi berganda. However, alhamdulilah selamat pergi selamat sampai. Syukur. Itu lah nak sangat berjalan. Ku terima walaupun sakit. Eh. That's all. 

"Hok ni, seb baik aku tak gejek ganu. Kalo dok, susoh nanti." 


Haha. Pelik betul bahasa ganu aku. Ish, perosak bahasa betul. 

Assalamualaikum. 






Friday, 18 October 2013

Saujana.

ASSALAMUALAIKUM



"Bila saujana memisahkan kita, adakah kita bakal dipertemukan semula ?"

- Percaya takdir Allah, sayang. 
- Kalau ada rezeki dan jodoh, kita pasti dipertemukan semula, walau dalam apa cara sekalipun.
- Kalau saujana ini memang memisahkan kita buat selamanya, bukan jodoh kita bertemu kembali.
- Berdoa sepanjang perjalanan, sayang.
- Doa orang yang sedang bermusafir antara doa yang mustajab dan akan di makbulkan.
- Jaga diri, jaga mata, jaga telinga, jaga akhlak dan jaga hati, sayang.
- Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu.
- Kalau takdir tidak menyebelahi kita, 'Kenangku di dalam Doamu.'
- Juga, aku mengharapkan kau seperti kini. 
- Bawa sekali sinar Islam dan Iman itu walau kemana kau pergi.
- Takdir telah tertulis tentang pertemuan dan perpisahan kita.
- Kita sekadar merancang jalan kehidupan kita. Tuhan bakal menentukan.
- Reda bukan bermakna kita kalah, sayang. 
- Semat kenangan pertemuan dan perpisahan ini di kotak memorimu.
- Bawa pergi bersamamu disana.
- Jadikan ia satu memori terindah yang pernah kau alami.
- Moga kita berjumpa lagi, sayang. 


Bersahabat pun ada ujian dan liku yang datang bersama . Beratnya rasa bila melepaskan satu yang kita sayang. Perpisahan itu sakit rasanya.


     "Benci pertemuan sebab di situlah terjadinya perpisahan." - Someone's said. 


Kalau tidak kerana pertemuan dan perpisahan inilah, takkan ada bait kenangan yang akan menjadi memori antara sahabat itu. Sekalipun kita dipisahkan dengan sahabat yang kita sayang, in shaa Allah, kita bakal dipertemukan dengan yang sahabat yang lebih baik. Allah Maha Adil.



Percaya takdir. Segalanya pasti.




Jangan hanya berharap tanpa doa dan usaha. Sesuatu itu tak datang bergolek. 



Sayonara. Assalamualaikum. 


(Adaptatation from a what real life is.)

Sunday, 13 October 2013

Rindu Mereka.

ASSALAMUALAIKUM



Pertama kali aku tulis entry sebegini tajuknya. Aku rasa pelik. Bermacam maksud orang boleh katakan daripada perkataan ini. Tapi, rindu ini bukan aku tujukan kepada sesiapa pun.

Hanya sekadar rindu kepada sepupu sepupu yang sudah lama aku tidak bertemu.

Mereka inilah teman sepermainan aku sebelum kami melangkah ke sekolah menengah. Jarak umur langsung tak jadi masalah. Kami rapat, dulunya. Tapi sekarang, bila semua mula sibuk dengan study masing masing dan belajar di sekolah yang berbeza dan jauh. Jarang sekali bertemu apatah lagi bercakap atau berbual.

Berjumpa sekali dua dalam sebulan. Kadang tidak. Satu soalan yang ibu tujukan buat aku tiap kali aku bercerita mengenai sepupu sepupu aku kepada ibu,

"Kau ingat lagi ke mereka ?"

Jawapan aku mudah.

"Adik bukan jenis orang yang lupa orang lain. Tapi mereka masih ingat adik lagi ke ?"

Aku tak punya jawapan untuk soalan aku sendiri. Aku biarkan tempat kosong disitu.



Sehingga... Aku dapat jawapannya sendiri.


Mereka tidak lupa aku. Mereka tetap mereka yang dulu cuma mungkin sudah berubah sedikit. Aku tak kesah asalkan satu, mereka tidak lupa aku. Cukup.

Dan semalam aku gembira. Aku berjumpa mereka, bercerita dengan mereka, duduk dengan mereka dan bergambar bersama mereka. Detik indah!

Aku semat detik ini di tangga teratas hati. Agar jadi memori buat aku ingati.


Sempat aku bertanya pendapat mereka tentang form 4 nanti. Mereka cadangkan agar aku pindah. Tapi hmmmm, maaf. Aku tak nak. Dan mereka cadangkan aku isi borang ke SBPI. Tapi hmmm, maaf juga. It's too late. Tarikh dah tutup.


Aku cuba terima apa yang mungkin akan aku hadapi. Belajar untuk terima apa yang aku anggap janggal bagi aku. Sudah cukup. Tak perlu aku bersusah payah aku menolak mereka jauh jauh daripada aku kalau ia tetap akan kembali kepadaku.

Kenyataan yang satu.



Jujur, aku sayang mereka. Assalamualaikum. 


Thursday, 10 October 2013

It's the beginning of Future.

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. I'm back! Finally, it's done. Alhamdulilah. Satu detik sangat aku nantikan. Tapi bak kata Ketua Pengawas yang jaga exams sekolah aku, 

                  "Ini baru permulaan..."

Ya. Exactly sebab result ni nanti penentu bidang apa yang sesuai dengan kita. Seterusnya membawa ke form 5 then, penentu masa depan kita. So, make the best choose. Silap langkah, tak boleh patah balik. Actually, aku still exams minggu depan. Exams subjek azhariah. Like PAT macam tu. Semua kekonon start menghafal minggu nilah.




Dan itu jugak, everyone's busy with their SBP lah, MRSM lah, BASIS lah, sekolah sains lah. Oh whatever! Malas nak kesahkan. And aku paling tak suka tangga teratas, bila orang start tanya soalan yang satu ni.

               "Kau pindah tak tahun depan? @ Kau nak pindah ke ?"

I'm tired to hear this question. Aku tak marah, just tak suka. My answer still I'll stay. Either the result is good or not. Cuma, satu yang aku harapkan. Aku tak nak ambil AKAUN. Kalau aku pindah pun, aku nak ambik apa ? Sains ? It will be no.

Aku rancang nak ambik Ekonomi Asas. But kena turunlah. Aku tak kesah asalkan apa yang aku amik tu, something yang aku minat. Bukan something aku langsung tak minat. Please be understanding, Cikgu. Hmm, yang sedihnya. Cikgu kelas aku cakap, kelas aku tak boleh turun. Must be stay. Kalau turun kelas, nanti kesian budak budak kelas lain takde tempat. Sebab kelas aku dah ditetapkan untuk ambik Akaun.

Why ? Kecelaruan pun ada. That's so sad! Susah susah masuk kolej vokasional. Untung untung, 4 tahun belajar, keluar terus dapat diploma. Tak payah SPM. (Devil laugh)

Ahhh!! Tak nak fikirlah. What's important is, the result. Bulan Disember. Just wait and see. Moga dipermudahkan. Moga juga, pemeriksa berhati lembut ketika mark paper. In shaa Allah. Ameen.

By the way, amaran khas untuk sesiapa yang mengenali aku.

           >Sebarang pertanyaan mengenai result PMR, tidak akan dilayan. Either it's good or not.<

Aku pun tak nak promote result sendiri. Cukup.

Assalamualaikum.