Thursday, 19 December 2013

Pengajaran.

ASSALAMUALAIKUM



Hi there. Hari dinantikan dah tiba. Result pun dah keluar. Aku suka tengok muka orang waktu ambil result. Muka nervous, nak nangis & etc. K, tipu ah kalau aku tak nervous, gelabah semacam. 

Tipu sangat. Tuhan saja tahu betapa laju degupan jantung aku tunggu nama disebut. Tapi sayangnya, rezeki aku bukan disini. 

Apa pun, aku bersyukur Allah bagi aku peluang rasa gembira walaupun bukan segembira budak lain yang dapat 9A , 8A. Aku gembira untuk diri sendiri & turut gembira untuk kawan kawan aku. Congrats semua!!


Nak tahu perasaan aku ? Currently, aku tak menyesal eventhough tak dapat result sebagus kawan kawan lain plus buat ibu & ayah aku tersenyum kerana kejayaan anaknya berulang. 


Sebab, sebelum aku dapat result lagi, aku dah menyesal dulu. 



Umum, tahun ni aku cakap dekat semua kawan kawan aku, "Private result, sorry." 


Orang mesti anggap, "Alah, bukan 9A pun tak nak bagitau result." 


Ya. sebab aku bukan golongan tu lah, aku saja kasi gempak. Tak bagitau orang lain. Biar orang tercari cari result aku. Kalau aku 9A, sah sah orang tak tanya. Sebab dorang nampak aku naik pentas, kan ?



Actually, bukan aku tak nak bagitau. Tapi, sebelum ni pun aku dah boleh agak result aku. Tak mengharap tinggi, tak juga harapkan yang tak sepatutnya. As Ibu cakap,



"Apa yang kita dah usaha, itu yang kita dapat." 



Tbh, aku quite tak serius time exams. Ambil mudah. Main main. And, I got what I've did. Yeah. Kalau nak cakap UPSR dengan PMR ni sangat beza. Absolutely different. Keadaan dan perasaan aku waktu darjah 6 like I don't know how to describe my feeling.



Mungkin, satu perkara yang aku sedar. Aku tak rasa susah payah getir perih aku waktu darjah 6, sekarang. Tuisyen siang malam, hari sabtu pagi petang. Kena marah dengan cikgu. Kena rotan, kena cubit. Kena kuarintin bagai. Sebab, asalnya aku budak yang lemah dalam kelas.



Aku bukan golongan top 20 yang terpilih sarung vest harapan. Tidak, okay. Sampai PPT, baru aku dapat merasa sarung ves tu. Cikgu bagi harapan untuk aku dapatkan yang terbaik.


And, yeah! Thanks to Allah. Finally, apa yang aku usaha, itu yang aku dapat. Aku dapat rasa kejayaan yang aku impikan selama 6 tahun & yang tak pernah aku jangkakan aku perolehi. Aku dapat buat ayah ibu aku kegembiraan bila anaknya ini tak disangka dapat keputusan sebagus itu. 



Tapi, satu perkara aku terlupa bila aku mula jejak kaki aku ke sekolah menengah.


"Kita tak selamanya berada di atas. Di zon selesa."



3 tahun, aku belajar macam macam. Tentang kehidupan, Islam, persahabatan, rasa jadi seorang remaja. Dan, selama tiga tahun ni lah aku kenal social network semua tu. Aku tak salah social network ni. Diri sendiri yang kena pandai manage time, bila nak belajar, bila nak main, bila nak online, bila nak tidur, makan.



Aku kenal ramai orang sekeliling aku. Yang dekat, yang jauh, yang tua, yang muda. Kalau aku fikirkan, 3 tahun ini lagi getir lagi banyak ujian & dugaan banding yang 6 tahun itu.


Aku kenal banyak benda baru dalam hidup aku. Macam macam fiil orang aku jumpa. Fiil aku sendiri belum kira. Aku kenal dunia luar yang aku tak pernah kenal.


Darjah 6 tu, apa yang aku tahu. Komputer pun tak ada. TV dengan handphone saja. Tu pun handphone biasa biasa.



Sekarang, ini bukti apa yang aku lalui. Orang anggap, semua orang rasa benda yang sama. Tapi, kena ingat. Keadaan kita kadang berbeza. Aku tak nafikan. Cara kita yang buat kita jadi berbeza.



By the way, aku berterima kasih & feel grateful of all these years. Jatuh bangun aku, suka duka aku, sakit penat aku, masih ada yang bersama aku. Tak lupa aku. & takkan pernah lupa aku. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang rasa semua tu. This is one of lessons yang paling meaningful sangat dalam hidup aku.




Aku dah rasa macam mana berada di bawah. Perih kan ? Tapi tak perlu nak rasa down sangat. Ini dipanggil ujian. Ujian untuk kita terus beringat, yang kita bukan selalu dekat atas tapi sekali sekala perlu berada dibawah.



"Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya."



Actually, pagi tadi aku cakap dekat Haida, aku tak nak nangis. Memang tak nak. Tapi, entahlah, bila orang serbu tanya aku dapat berapa A, panas pulak rasa mata ni. Sampai tak terjawab soalan tu.



Tapi satu benda yang memang buat aku sebak. Sangat sebak bila ibu datang dekat aku then tanya,



"Dapat berapa ?" Aku tak jawab tapi satu yang aku cuba nak cakap sambil tahan rasa sebak,


"Adik minta maaf dekat ibu sebab tak dapat bagi ibu keputusan cemerlang." Dan kata kata tu tak terucap bila aku sebak sangat ingat ibu akan kecewa dengan result aku.


Ibu terus peluk aku. I'm pretty sure ibu tahu result aku macam mana.



Dan, ibu bukan marah tapi nasihat ibu sentiasa ada bersama aku. Itu yang buat aku untuk terus bangun. Bukan nak toleh belakang. Itu penguat aku untuk terus jalani setiap hari hari yang mendatang.



Thanks a lot, Ibu. <3




One more thing, stay positive lah. Jangan sebab kau tak dapat result yang bagus, kau nak give up, nak down. Aku tegaskan, JANGAN & DON'T YOU EVER.



It's our beginning. Kita ada masa 2 tahun nak tebus balik. Jangan sia siakan dua tahun yang sepatutnya akhir sekali kita isi dengan kejayaan.

You should be trusted with this, "Everything happen for a reason."


Kejayaan & kegagalan itu ada hikmah yang Allah sembunyikan untuk kita terus bangun & berusaha.


Last but no least, to Form 4 to be. Next year is not the right time to 'honeymoon.' Masa itu, masa kita cuba & terus mencuba. Mesti cuba. Kumpul sebanyak mana ilmu yang kau belajar untuk di bawa ke form 5. And yeah, belajar kita bukan sekadar untuk exams semata mata.


Ambil ilmu tu untuk dimanfaatkan pada masa hadapan. Kacang lupakan kulit tu kejam, kan ? Macam tulah kalau kita lupakan ilmu kita.


Jzkk to ibu ayah, cikgu cikgu dan rakan rakan yang banyak membantu. Mabruk & congratulation to 25 student of my school yang dapat 9A.


All of these lessons will be the sweetest ever moment, I think.



Asif jiddan. Sayonara.




Assalamualaikum.




p/s : Ucapan tahniah tu bukan just untuk orang yang dapat result cemerlang. Tapi juga untuk yang kurang cemerlang sebab mereka berjaya untuk mencuba dapatkan yang terbaik. Mabruk everyone!