Monday, 11 November 2013

Zaman Aku kecik.

ASSALAMUALAIKUM

Sorry take it without permission. Credit to Owner.

Maaf, kalau aku membebel. Read status up there, okay. I'm writing refering to this status. 

Hi there. Cuti sekolah belum lagi bermula. Tapi aku lebih dahulu cuti. Sebab sekolah dah tak perlukan kami. Oh man! Statment melampau. Taklah. Sekolah dah cutikan dulu. Lagipun instead of tak buat apa apa then buat bising, menganggu budak nak exams, baik cutikan terus. Kan?

Zaman kecik kecik dulu memang best habis. Sangat lah. Rasa macam nak balik pada zaman kecik kecik. Tapi apakan daya aku. Hmm. 

Okay. Kalau nak cerita pasal zaman kecik kecik, tak habis satu entry lah. Lagi lagi kalau aku yang bercerita. Kalau kau tahu, keciknya aku sangat lasak. Apa yang abang aku main. Tu jugak yang aku main. That's why, perangai aku dulu agak macam lelaki sikit. (Terbawa sampai sekarang) Astagfirullah. Tapi sekarang dah kurang. (Gua bukan gegirl sangat)

Zaman tu, aku rajin tengok kartun. Dragon ball, ninja turtle, detektif canon, pingu, etc. Tu semua favourite aku lah. Banyak sangat kalau nak senarai. But then, banyak kartun semua dah takde sekarang. Sedih pulak. Tapi tak lah semua kartun sekarang aku tak berapa minat. Certain je. Sanggup nangis nangis nak tengok satu satu kartun tu.


Waktu aku darjah 3- 5, aku dengan kawan kawan memang minat tulis biodata. Satu buku, penuh dengan biodata kawan sekelas. Setiap seorang tu ada biodata dorang dalam tu. And because of tulis biodata dalam buku kawan aku tu lah, ada satu peristiwa yang kelakar sangat. And I can't forget it even until now. Then, kalau bab tulis surat surat ni. Memang rajin. Asal gaduh tulis surat. Kawan duduk depan belakang, tulis balas surat. 

Paling rajin tulis surat, darjah 4, 5. Suka dekat someone tulis surat. Past dekat orang tengah as postman/girl. Sampai naik renyuk kertas tu. Kelakar habis kalau ingat balik. Asal puasa nak raya, pergi koop, beli kad raya bebanyak, then tulis bagi dekat kawan. How cute!

Sekarang mana ada macam tu dah. Orang sekarang dah moden. Tak payah nak tulis tulis kad raya, surat nak minta maaf bagai. Ya, I really miss that moment. 

Budak lelaki pulak kalau dekat sekolah petang (Sekolah agama), waktu rehat je mest main. Main pemadam lah, main gasing lah, main bola, galah pajang. Macam macam lah sampai kena marah, kena denda. Yang perempuan, main batu seremban, main kad uno. Seriously, best sangat waktu tu. 

Fyi, semua mainan yang di mention kan, alhamdulilah aku pernah main. Konda kondi aku pernah main sekali. Kereta desh, control car, yoyo, beyblade. Paling lasak, tak silap aku, race basikal then bila berlanggar jatuh. Sahih lah lutut sapu jalan. Pehh! Banyak sangat nak senarai lah. Excited kalau ingat balik semua tu. Mesti gelak sorang sorang tak pun senyum sorang sorang. 

Tapi jam G-shock famous waktu aku form 1 dengan form 2. Abang sanggup beli pelbagai colour buat koleksi. Sampai aku pun terikut pakai. Bila sorang pakai, semua nak pakai. Tu kita panggil trend. Macam sekarang, trend yang pelbagai plus sungguh weird!

Kalau diizinkan aku balik semula pada zaman tu, memang aku nak sangat. Tak payah fikir banyak masalah. Just happy with my life. Hmmmm. Tu semua dulu. 

Lasak tak lasak aku waktu kecik. And actually, banyak permainan lelaki aku dah try main. Like bola semua tu. Tapi sekarang aku dah kurang follow up pasal bola ni. Kekadang saja. Ahak.




Terlalu manis kenangan zaman kita kecik. Tika itu, tiada masalah yang perlu diambil berat. Hanya kegembiraan dan keseronokkan yang sering berlegar di fikiran. Tapi sekarang tak seperti dulu. Kanak kanak sezaman kita kini mungkin tidak dapat merasa keseronokkan itu. 

Kecilnya mereka sudah dibelenggu masalah. Apalah dosa anak kecil itu ?



Tarik nafas. Hembus.



Kenangan terindah dalam hidup. Zaman aku kecik. 



Sayonara. Assalamualaikum.