Sunday, 27 October 2013

Terengganu.

ASSALAMUALAIKUM




Hi there. I'm back. Long journey to Terengganu was too tired. Memang so tired lah. Well, actually journey ke sana sebab aku hantar pengantin perempuan yakni kakak sedara aku. Fyi, this is my first time aku pergi sana. So, excited and agak jakun jugak lah. We started our journey at 8.30 pm.


It's took about 7 hours nak sampai sana. Hambik kau! Sakit belakangnya, Masyaallah. Tuhan saja tahu. Tidur tak tidur je. Senang cakap, tidur tidur ayam lah. Kejap bangun, kejap tidur. Then, tukar tukar tempat duduk gara gara tak selesa. Duduk pun macam bos besor. Kaki entah mana sangkut. Okay, itu melampau. Jangan tiru tak elok untuk sivik.

Then, we arrived there at almost 5 am lebih. Target pukul 3 macam tu. Berhenti je entah berapa kali. Sampai ngidam gara gara lapar. Pepagi pukul 3 lebih, waktu berhenti dekat R&R tak silap aku. Cakap kat ibu. "Lapar. Tapi tak nak makan beehun goreng. Nak nasi goreng." Sungguh merepek tahu. Mana nak dapat nasi goreng pepagi macam tu.




Sarapan pagi makan beehun dua jenis plus nasi dagang. Ada sedare request nak sangat makang. So, dapatlah rasa for the first time jugak. Then, sempat jugak jejalan kat Pasar Payang. Tapi sekejap okay. Bunyi macam tak puas sikit. Ibu bukan main borong keropok banyak banyak. Aku macam takde mood nak beli apa apa even ibu dah pelawa.

Pukul 1.30 pm hantar pengantin. Then, bertolak balik pukul 2 lebih.



Selamat Pengantin Baru, akak dengan abang.

Journey balik lagi menyeksakan banding pergi. Subahanallah. Allah saja yang tahu. It's took almost 10 hours. Imagine, duduk dalam van tu. Sakit belakang lagi berganda. However, alhamdulilah selamat pergi selamat sampai. Syukur. Itu lah nak sangat berjalan. Ku terima walaupun sakit. Eh. That's all. 

"Hok ni, seb baik aku tak gejek ganu. Kalo dok, susoh nanti." 


Haha. Pelik betul bahasa ganu aku. Ish, perosak bahasa betul. 

Assalamualaikum. 






Friday, 18 October 2013

Saujana.

ASSALAMUALAIKUM



"Bila saujana memisahkan kita, adakah kita bakal dipertemukan semula ?"

- Percaya takdir Allah, sayang. 
- Kalau ada rezeki dan jodoh, kita pasti dipertemukan semula, walau dalam apa cara sekalipun.
- Kalau saujana ini memang memisahkan kita buat selamanya, bukan jodoh kita bertemu kembali.
- Berdoa sepanjang perjalanan, sayang.
- Doa orang yang sedang bermusafir antara doa yang mustajab dan akan di makbulkan.
- Jaga diri, jaga mata, jaga telinga, jaga akhlak dan jaga hati, sayang.
- Doaku sentiasa mengiringi perjalananmu.
- Kalau takdir tidak menyebelahi kita, 'Kenangku di dalam Doamu.'
- Juga, aku mengharapkan kau seperti kini. 
- Bawa sekali sinar Islam dan Iman itu walau kemana kau pergi.
- Takdir telah tertulis tentang pertemuan dan perpisahan kita.
- Kita sekadar merancang jalan kehidupan kita. Tuhan bakal menentukan.
- Reda bukan bermakna kita kalah, sayang. 
- Semat kenangan pertemuan dan perpisahan ini di kotak memorimu.
- Bawa pergi bersamamu disana.
- Jadikan ia satu memori terindah yang pernah kau alami.
- Moga kita berjumpa lagi, sayang. 


Bersahabat pun ada ujian dan liku yang datang bersama . Beratnya rasa bila melepaskan satu yang kita sayang. Perpisahan itu sakit rasanya.


     "Benci pertemuan sebab di situlah terjadinya perpisahan." - Someone's said. 


Kalau tidak kerana pertemuan dan perpisahan inilah, takkan ada bait kenangan yang akan menjadi memori antara sahabat itu. Sekalipun kita dipisahkan dengan sahabat yang kita sayang, in shaa Allah, kita bakal dipertemukan dengan yang sahabat yang lebih baik. Allah Maha Adil.



Percaya takdir. Segalanya pasti.




Jangan hanya berharap tanpa doa dan usaha. Sesuatu itu tak datang bergolek. 



Sayonara. Assalamualaikum. 


(Adaptatation from a what real life is.)

Sunday, 13 October 2013

Rindu Mereka.

ASSALAMUALAIKUM



Pertama kali aku tulis entry sebegini tajuknya. Aku rasa pelik. Bermacam maksud orang boleh katakan daripada perkataan ini. Tapi, rindu ini bukan aku tujukan kepada sesiapa pun.

Hanya sekadar rindu kepada sepupu sepupu yang sudah lama aku tidak bertemu.

Mereka inilah teman sepermainan aku sebelum kami melangkah ke sekolah menengah. Jarak umur langsung tak jadi masalah. Kami rapat, dulunya. Tapi sekarang, bila semua mula sibuk dengan study masing masing dan belajar di sekolah yang berbeza dan jauh. Jarang sekali bertemu apatah lagi bercakap atau berbual.

Berjumpa sekali dua dalam sebulan. Kadang tidak. Satu soalan yang ibu tujukan buat aku tiap kali aku bercerita mengenai sepupu sepupu aku kepada ibu,

"Kau ingat lagi ke mereka ?"

Jawapan aku mudah.

"Adik bukan jenis orang yang lupa orang lain. Tapi mereka masih ingat adik lagi ke ?"

Aku tak punya jawapan untuk soalan aku sendiri. Aku biarkan tempat kosong disitu.



Sehingga... Aku dapat jawapannya sendiri.


Mereka tidak lupa aku. Mereka tetap mereka yang dulu cuma mungkin sudah berubah sedikit. Aku tak kesah asalkan satu, mereka tidak lupa aku. Cukup.

Dan semalam aku gembira. Aku berjumpa mereka, bercerita dengan mereka, duduk dengan mereka dan bergambar bersama mereka. Detik indah!

Aku semat detik ini di tangga teratas hati. Agar jadi memori buat aku ingati.


Sempat aku bertanya pendapat mereka tentang form 4 nanti. Mereka cadangkan agar aku pindah. Tapi hmmmm, maaf. Aku tak nak. Dan mereka cadangkan aku isi borang ke SBPI. Tapi hmmm, maaf juga. It's too late. Tarikh dah tutup.


Aku cuba terima apa yang mungkin akan aku hadapi. Belajar untuk terima apa yang aku anggap janggal bagi aku. Sudah cukup. Tak perlu aku bersusah payah aku menolak mereka jauh jauh daripada aku kalau ia tetap akan kembali kepadaku.

Kenyataan yang satu.



Jujur, aku sayang mereka. Assalamualaikum. 


Thursday, 10 October 2013

It's the beginning of Future.

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. I'm back! Finally, it's done. Alhamdulilah. Satu detik sangat aku nantikan. Tapi bak kata Ketua Pengawas yang jaga exams sekolah aku, 

                  "Ini baru permulaan..."

Ya. Exactly sebab result ni nanti penentu bidang apa yang sesuai dengan kita. Seterusnya membawa ke form 5 then, penentu masa depan kita. So, make the best choose. Silap langkah, tak boleh patah balik. Actually, aku still exams minggu depan. Exams subjek azhariah. Like PAT macam tu. Semua kekonon start menghafal minggu nilah.




Dan itu jugak, everyone's busy with their SBP lah, MRSM lah, BASIS lah, sekolah sains lah. Oh whatever! Malas nak kesahkan. And aku paling tak suka tangga teratas, bila orang start tanya soalan yang satu ni.

               "Kau pindah tak tahun depan? @ Kau nak pindah ke ?"

I'm tired to hear this question. Aku tak marah, just tak suka. My answer still I'll stay. Either the result is good or not. Cuma, satu yang aku harapkan. Aku tak nak ambil AKAUN. Kalau aku pindah pun, aku nak ambik apa ? Sains ? It will be no.

Aku rancang nak ambik Ekonomi Asas. But kena turunlah. Aku tak kesah asalkan apa yang aku amik tu, something yang aku minat. Bukan something aku langsung tak minat. Please be understanding, Cikgu. Hmm, yang sedihnya. Cikgu kelas aku cakap, kelas aku tak boleh turun. Must be stay. Kalau turun kelas, nanti kesian budak budak kelas lain takde tempat. Sebab kelas aku dah ditetapkan untuk ambik Akaun.

Why ? Kecelaruan pun ada. That's so sad! Susah susah masuk kolej vokasional. Untung untung, 4 tahun belajar, keluar terus dapat diploma. Tak payah SPM. (Devil laugh)

Ahhh!! Tak nak fikirlah. What's important is, the result. Bulan Disember. Just wait and see. Moga dipermudahkan. Moga juga, pemeriksa berhati lembut ketika mark paper. In shaa Allah. Ameen.

By the way, amaran khas untuk sesiapa yang mengenali aku.

           >Sebarang pertanyaan mengenai result PMR, tidak akan dilayan. Either it's good or not.<

Aku pun tak nak promote result sendiri. Cukup.

Assalamualaikum.