ASSALAMUALAIKUM

"Apa yang kau fikirkan sekarang ?" Min mengerling sekilas.
"Aku rasa, kau tahu apa yang aku sedang fikirkan."
"Maaf, kau lupa ? Aku bukan Tuhan, Min. Tapi mungkin aku boleh teka." Min menghela nafas lemah.
"Min, everyone has their own problems. Either it's big or small."
"Tapi mereka lain. Aku lain." Aku tersenyum kepada Min. "Apa yang bezanya, Min ? Aku, kau dan mereka tetap sama dimata Allah."
"Masalahnya, mereka tak hadapi apa yang aku hadapi." Aku menepuk bahu lembut bahu Min.
"Itulah dia. Setiap orang tu masalah dia beza-beza. Dan, kau patut bersyukur sebab kau terpilih untuk diuji. Itu tandanya Allah sayangkan kau."
Min menunduk. Aku tahu, otaknya kekadang celaru. Luaran tampak kuat, tapi aku tahu jauh disudut hatinya meyimpan pelbagai rasa yang bercampur baur dan hanya Allah yang tahu keperitan dan kesakitannya.
"Aku faham, apa yang kau rasa sekarang ni. Lumrah manusia. Memang takkan lari daripada sifat 'lupa'. Bila memerlukan, baru mereka cari kau. But, I'm pretty sure. Tanpa mereka, kau masih boleh teruskan hidup seperti sekarang." pujukku lembut.
"Entahlah. Aku malas nak fikirkan pasal mereka. Kekadang aku terasa dipinggirkan."
"Min, jangan rasa macam tu. Masih ramai orang lain nak berkawan dengan kau, yang ikhlas berkawan dengan kau." Min memandangku.
Butir-butir mutiara mulai mengalir dipipinya. Perlahan-lahan, dia memeluk bahuku. Kedengaran sendu kecil. Aku membiarkan sambil mengusap belakangnya. Kali pertama dia menangis di bahuku. Aku tidak terkejut. Walau sekuat mana pun seseorang tu, dia tetap akan mengalirkan airmata.
"Sorry. Aku terlalu emosional." airmata yang bersisa dikesat dengan hujung jari. Aku sekadar tersenyum.
"It's okay, Min. Kalau kau nak, aku boleh pinjamkan bahu ni. Menangislah. Lepaskan semua yang kau rasa. Biarlah basah sekalipun baju aku."
"By the way, thank you bagi pinjam bahu." bibir Min mengukir senyuman. Aku turut tersenyum.
"Boleh pinjamkan bahu kau ? Aku ngantuk." Aku tergelak kecil mendengar jenaka Min.
"Apa apalah, Min."
"Kau penah dengar ni tak ?" Pertanyaanku dijawab dengan pertanyaan.
"Apa dia ?"
"Seorang kawan yang baik, akan meminjamkan bahu kepada kawannya yang ngantuk nak tidur."
"Tak pernah dengar pun. Bunyi dia macam pelik aje."
"Memanglah. Sebab aku yang cakap. Kalau orang lain yang cakap, ayat dia mungkin lain." Meletus juga akhirnya tawa kami. Biarkan gembira ini berterusan, Allah.
Tak usah menangis untuk mereka yang tak mengingati kita. Menangislah untuk seseorang yang mengingati kita dan mengingatkan kita tentang Allah. Believe it, Allah is the best listener cause Allah always with us. Move on and be strong, Sayang. Look forwards, at your future. Smile and you will be happy.
p/s : Adaptasi daripada kisah realiti. Maaf. May Allah bless us.