ASSALAMUALAIKUM
Hi there. Jam menunjukkan satu pagi. Kala ini aku masih menaip di atas keyboard bertemankan cahaya lampu yang menerangi. Dah lama aku tak menaip pada waktu waktu begini. Rindu pulak. Perhatikan blog aku. Aku dah tak pakai blogskin. Sebab ada kisah menyayat hati. (tipu aje) Hanya kesilapan teknikal aje. Tapi bisa diatasi dengan kepakaran yang dimiliki. (Ehem)
Okay. Entry lepas aku ada cakap yang aku akan beraya dengan kawan kawan. Kan ?
Rabu kelmarin, aku dengan kawan kawan seramai 9 orang pergi beraya. Perancangan asal hari jumaat, tapi lepas bincang bincang semula, sepakat rabu. Kumpul di rumah Hanan, pukul 10.00 lebih sikit. Menaiki 4 motor. Ya, sungguh rempitz lah kami. Mulanya, aku disuruh tunggang satu motor, tapi aku tolak. Tak confident lah. At the end, Hanan yang tunggang motor Epi. Nasib baik Hanan berjaya tunggang.
Bila beraya, aku mula mengenangkan raya tahun lepas. Serik sangat kalau mengingatkan raya tahun lepas. Apa ceritanya ? Cari entry bulan September. Hmm, aku tak nak bercerita banyak.
Anisa - Hanan - Nana - Syai - Mai - Haida - Aku - Epi - Illyana (tiada dalam gambar)
Gambar yang di tangkap berlatar belakangkan rumah aku.
Di rumah Epi.
Sampai tengah hari, kami raya kat rumah Epi. Then, sekali solat Zohor & makan tengah hari. Kami teruskan perjalanan raya ke beberapa buah rumah. But, sampai rumah Samsul, ibu call kata suruh balik. So rushing giler lah. Anisa rempit hantar balik. Sampai rumah tak sempat tukar baju terus get ready nak pergi.
********************************************************************************
Pukul 5 lebih pergi rumah nenek. Get ready semua, terus bertolak ke Airport untuk hantar abang sedare aku balik ke Mesir. Dia start cuti since awal puasa. Alhamdulilah, selamat sampai ke Airport. Cuma time tu, kereta yang abang dia pandu tu, sesat tetiba. Yelah, kekonon nak tunggu kereta ayah, dia pulak yang tertinggal.
Duduk tunggu abang sedare aku timbang luggage. (kot)
Mesti bosan kan, baris panjang panjang. Ahah.
Mereka (abang abang sedare) interframe time aku tengah sibuk sibuk pegang kamera.
Last picture before abang sedare aku nak turun ke Pelepasan Antarabangsa. Flight dia pukul 8 malam.
Time semua tengah salam & peluk, aku rasa sebak tetiba. Selalu macam tu, time aku tengok dia salam & peluk yang lain lain. Nasib baik tak nangis. Then, aku terus menyampuk bila dia macam tak cakap apa apa kat aku. "Doakan aku nak PMR tau." Dia tanya, bulan berapa. Aku jawab bulan 10. Dia pun kata "In shaa Allah." Alhamdulilah, petang tadi dia dah selamat sampai ke Mesir. Cuma lewat daripada waktu sebenar. Sebab before kami bertolak, dia dapat call daripada kawan dia, kata kat Airport Kaherah ada berlaku kekecohan. So, semua macam berdebar lah. Tapi penerbangan tak dibatalkan.
Moga time dia kat sana selamat, dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin In shaa Allah. And last but not least, #PRAYFOREGYPT. Moga saudara saudara seislam kita disana selamat. Assalamualaikum.






