Friday, 30 August 2013

Such a Nonsense Thing

ASSALAMUALAIKUM




I'm sick of thinking this 'nonsense thing'.
Aku hanya merancang,
Tentunya, Allah yang menentukan

Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang
I'm just feeling confuse
Confuse with all that things.

Apa benda yang kau cuba beritahu aku ?
With that short calling ?
I couldn't get it. 
I didn't understand at all. 

Why you did this to me ?
Jangan buat macam ni boleh tak ?
Buat aku tertanya tanya.
Tolonglah. 

Kata hati mungkin betul,
Mengatakan apa yang dirancang
tiba tiba terhenti di tengah jalan
Orang kata, kebetulan.

Ya Allah,
Biarkanlah ia berlalu,
Aku malas mahu memikirkannya
Mengaggap seperti tiada apa yang berlaku. 
Atau tidak pernah berlaku. 

Maaf kawan, 
Aku terpaksa buat kau rasa tersepit
Aku tahu kau menangis.
Maafkan aku. 

Biarlah, 
Pasti ada hikmah disebaliknya,
Allah Maha Mengetahui. 

Assalamualaikum.

Saturday, 24 August 2013

Jamuan Raya Sekolah #3

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. By the way this is my 3rd story raya. Di sekolah. Macam tak nak cerita banyak banyak sangat. Sebab it is more to picture than cerita. So, just nak cakap yang jamuan hari tu best, happy, sederhana & simple. Main menu yang di pilih ialah Nasi Kukus Ayam Berempah. Cikgu kelas yang pilih setelah beberapa menu disenaraikan. Hambar jugak. At the end, bila semua dah kata 'Redha'. Cikgu yang tetapkan. Tak kesah yang penting mengenyangkan. 

FYI, aku yang ditugaskan pegang kamera. Memang full gambar dalam kamera. So now, here our picture. Our kenangan pada Jamuan Raya. Have fun. Free take to my friends. 











Guru kelas and Guru angkat. Love both of them. 



6 of 9 Heroes in my class. Bakal Imam imam muda kot. Ahak. 




Student 3 Karomah 2013. 





Our main menu, Nasi Kukus Ayam Berempah


Sponsor kek by Dhilah.























Too much gambar. Sampai naik juling mata aku tengok. But all of them was so cute. And muka aku macam boleh kira lah berapa aje. Tak banyak pun. Kan dah kata, aku pegang kamera. So, memang muka orang lain yang banyak. Hmm, tak kesah. Fyi, gambar semua tak ikut urutan. Tunggang tebalik. Tak kesah. Asal bahagia kan ? 

Maybe ni aje kot. Actually, ramai yang tak nak aku post kat FB, aku pun malas. So, decided to post it dekat blog aje. Anything, nak gambar amik kat sini je. Kalau rasa ada kurang secepatnya bagitau gua okay. Muka korang takde ke atau gambar yang korang nak takde ke, in shaa Allah. I will send to you that picture. (Inbox Facebook). Tapi dengan syarat kena cepat. Kalau lambat, sebarang surat menyurat tak dilayan dah. (Jahat). In shaa Allah kalau ada masa lah. Assalamualaikum. 


Thursday, 15 August 2013

Raya & Airport #2

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Jam menunjukkan satu pagi. Kala ini aku masih menaip di atas keyboard bertemankan cahaya lampu yang menerangi. Dah lama aku tak menaip pada waktu waktu begini. Rindu pulak. Perhatikan blog aku. Aku dah tak pakai blogskin. Sebab ada kisah menyayat hati. (tipu aje) Hanya kesilapan teknikal aje. Tapi bisa diatasi dengan kepakaran yang dimiliki. (Ehem)

Okay. Entry lepas aku ada cakap yang aku akan beraya dengan kawan kawan. Kan ? 

Rabu kelmarin, aku dengan kawan kawan seramai 9 orang pergi beraya. Perancangan asal hari jumaat, tapi lepas bincang bincang semula, sepakat rabu. Kumpul di rumah Hanan, pukul 10.00 lebih sikit. Menaiki 4 motor. Ya, sungguh rempitz lah kami. Mulanya, aku disuruh tunggang satu motor, tapi aku tolak. Tak confident lah. At the end, Hanan yang tunggang motor Epi. Nasib baik Hanan berjaya tunggang. 

Bila beraya, aku mula mengenangkan raya tahun lepas. Serik sangat kalau mengingatkan raya tahun lepas. Apa ceritanya ? Cari entry bulan September. Hmm, aku tak nak bercerita banyak. 


Anisa - Hanan - Nana - Syai - Mai - Haida - Aku - Epi - Illyana (tiada dalam gambar)


Gambar yang di tangkap berlatar belakangkan rumah aku. 


Di rumah Epi. 

Sampai tengah hari, kami raya kat rumah Epi. Then, sekali solat Zohor & makan tengah hari. Kami teruskan perjalanan raya ke beberapa buah rumah. But, sampai rumah Samsul, ibu call kata suruh balik. So rushing giler lah. Anisa rempit hantar balik. Sampai rumah tak sempat tukar baju terus get ready nak pergi. 

********************************************************************************
Pukul 5 lebih pergi rumah nenek. Get ready semua, terus bertolak ke Airport untuk hantar abang sedare aku balik ke Mesir. Dia start cuti since awal puasa. Alhamdulilah, selamat sampai ke Airport. Cuma time tu, kereta yang abang dia pandu tu, sesat tetiba. Yelah, kekonon nak tunggu kereta ayah, dia pulak yang tertinggal. 


Duduk tunggu abang sedare aku timbang luggage. (kot)


Mesti bosan kan, baris panjang panjang. Ahah.


Mereka (abang abang sedare) interframe time aku tengah sibuk sibuk pegang kamera. 


Last picture before abang sedare aku nak turun ke Pelepasan Antarabangsa. Flight dia pukul 8 malam.

Time semua tengah salam & peluk, aku rasa sebak tetiba. Selalu macam tu, time aku tengok dia salam & peluk yang lain lain. Nasib baik tak nangis. Then, aku terus menyampuk bila dia macam tak cakap apa apa kat aku. "Doakan aku nak PMR tau." Dia tanya, bulan berapa. Aku jawab bulan 10. Dia pun kata "In shaa Allah." Alhamdulilah, petang tadi dia dah selamat sampai ke Mesir. Cuma lewat daripada waktu sebenar. Sebab before kami bertolak, dia dapat call daripada kawan dia, kata kat Airport Kaherah ada berlaku kekecohan. So, semua macam berdebar lah. Tapi penerbangan tak dibatalkan. 

Moga time dia kat sana selamat, dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Amin In shaa Allah. And last but not least, #PRAYFOREGYPT. Moga saudara saudara seislam kita disana selamat. Assalamualaikum.








Monday, 12 August 2013

Happy Eid Mubarak #1

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.  Raya kali ni just simple. Memang simple and sederhana. Income pun tak banyak sangat. (Ehem, aka Duit Raya) Tak beraya sangat. Rumah rumah sedara yang wajib wajib aje. Orang datang rumah pun tak ramai, yang ramai bila sedara sedara datang serbu. Sekali harung. Memang meriah. 

Baju raya pun lagilah simple ever. As usual, & setiap tahun raya, corak kain baju & tema baju akan ditetapkan oleh aku sendiri. Haha. Betapa selfishnya aku. Yang lain ikut aje. Tiada bantahan. Bagusnya. (senyum sambil kelip kelip mata) Sepakat keputusan yang aku buat, tahun ni temanya adalah Orange Colour. Ya, sememangnya ibu langsung tak suka colour ni, tapi disebabkan anak perempuan dia yang sweet ni minta. Ibu pun ikutkan aje. Kejam sungguh! 

My 1st Day.



My big Family. Just four of the member.

Uncle and Cousin


Second Day, aku tak kemana. Just teman kan nenek kat rumah sebab cousin aku dengan parents dia balik kampung. Memang agak boring. Nothing to do. Instead  tengok tv, baca novel and tweeting. Haha. 

3rd Day. 
(Kembali Meriah dengan kehadiran sedara sedara yang sporting di rumah nenek)

The simplest Jubah ever. Black and Grey. 

Brown Jubah. 

Raya keempat pun tak kemana. Nak pergi raya tetiba tak jadi. So, duduk rumah diam diam. Tengok tv cerita Sweet Lola yang kekonon scha dengan amar asyraf tu sweet. Haha.

Today, Raya kelima. 5 Syawal.


Raya dekat Kelanang. Sedara belah ayah. Sebelum balik, sempat singgah pantai kelanang. 







My favourite one. 

So, tamat lah sudah cerita raya aku bersama keluarga. Complete, ringkas dan padat. Lepas ni dah tak pergi raya dah. Ibu kata, raya dah habis. Mungkin tinggal rumah sedara jauh aje kot. Cuma yang sedih, tak dapat pergi rumah mak angkat aku. Tak apalah, bila bila even dah habis raya pun boleh pergi. Tapi kalau jadilah, kalau tau mungkin aku & kawan kawan nak pergi beraya. So, will update new entry soon. In shaa Allah. Assalamualaikum.