ASSALAMUALAIKUM
Hi there. Hari ni hari jumaat. Hari ni 17 Ramadhan. Hari ni NUZUL QURAN. Turunnya Al-quran kepada Nabi Muhammad SAW. Melalui surah al-alaq ayat 1-5.
*******************************************************
And the Trial had began. Macam tak percaya, cepatnya masa berlalu. Sedar sedar dah trial. Rasa macam semalam baru gelak ketawa dengan kawan kawan, tetiba dah trial. Alhamdulilah dah selesai 3 paper. Bahasa Melayu, English and Geografi. Hopefully, I can score for this subject. Even, semalam semua orang buat muka tegang je lepas jawab paper Geo include ME. Ada lagi 4 hari menanti. For 5 subject more.
Ya, this Monday. Paper yang sangat aku nanti. Sejarah. You know why ? Because I love it damn much. Memang dulunya time Form 1, aku tak lah berapa suka. Just macam tu aje. Sebab time tu aku rasa, "apa kebenda cikgu ajar ni ? Aku tak fahamlah. Dahlah ngantuk satu hal." Ini tanggapan negatif akulah. That's why aku tak pernah score. But then, it was changed bila aku dah start belajar tajuk form 3. Aku mula tertarik dan tertarik. At the end, Sejarah ni sangat Menarik. And I felt like I'm fall in love with this subject.
Bagi aku mungkin menarik but for others, ada yang anggap Sejarah ni boring, tak minat. Mana taknya kalau kena baca buku teks yang ceritanya panjang lebar, entah bila nak fullstop. Baru baca setengah perenggan dah ngantuk. Betul tak ? Aku pernah alami jugak. Tapi disebabkan tak nak ngantuk, aku baca kuat kuat. Bukan telinga aku aje dengar malah, ibu aku kat dapur pun boleh dengar.
Sejarah ni tak perlu pandai ke tak pandai. Kalau kita faham cerita dah cukup. Lagi bagus kalau kita kaji sejarah ni. Lagi kita akan faham. Lepas tu, diri kita akan disebelungi dengan pertanyaan "Kenapa ?". Tapi nak buat macam mana, perkara dah lepas. Jadi kita yang sekarang ni, kena ambil ikhtibar dari sejarah lampau. Simple right ?
Tapi kena ingat belajar Sejarah ni pun penting macam pelajaran lain sebab tanpa sejarah kita tak tahu macam mana negara kita merdeka, macam mana pembentukan negara kita. Bukan setakat sejarah melayu, sejarah Islam sangat penting.
Rasanye, tak tahu nak cakap apa tau, tapi tetiba cerita pasal sejarah. Eh, sorry membebel pulak. Actually, tak baca buku lagi for next paper. Okay, sampai sini aje aku membebel. Just, nak minta korang doakan yang terbaik for us (Batch'98). Forgive me if I ever hurt you guys before. Assalamualaikum.
