Friday, 26 July 2013

Just Write..

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Hari ni hari jumaat. Hari ni 17 Ramadhan. Hari ni NUZUL QURAN. Turunnya Al-quran kepada Nabi Muhammad SAW. Melalui surah al-alaq ayat 1-5. 

*******************************************************

And the Trial had began. Macam tak percaya, cepatnya masa berlalu. Sedar sedar dah trial. Rasa macam semalam baru gelak ketawa dengan kawan kawan, tetiba dah trial. Alhamdulilah dah selesai 3 paper. Bahasa Melayu, English and Geografi. Hopefully, I can score for this subject. Even, semalam semua orang buat muka tegang je lepas jawab paper Geo include ME. Ada lagi 4 hari menanti. For 5 subject more. 

Ya, this Monday. Paper yang sangat aku nanti. Sejarah. You know why ? Because I love it damn much. Memang dulunya time Form 1, aku tak lah berapa suka. Just macam tu aje. Sebab time tu aku rasa, "apa kebenda cikgu ajar ni ? Aku tak fahamlah. Dahlah ngantuk satu hal." Ini tanggapan negatif akulah. That's why aku tak pernah score. But then, it was changed bila aku dah start belajar tajuk form 3. Aku mula tertarik dan tertarik. At the end, Sejarah ni sangat Menarik. And I felt like I'm fall in love with this subject. 

Bagi aku mungkin menarik but for others, ada yang anggap Sejarah ni boring, tak minat. Mana taknya kalau kena baca buku teks yang ceritanya panjang lebar, entah bila nak fullstop. Baru baca setengah perenggan dah ngantuk. Betul tak ? Aku pernah alami jugak. Tapi disebabkan tak nak ngantuk, aku baca kuat kuat. Bukan telinga aku aje dengar malah, ibu aku kat dapur pun boleh dengar. 

Sejarah ni tak perlu pandai ke tak pandai. Kalau kita faham cerita dah cukup. Lagi bagus kalau kita kaji sejarah ni. Lagi kita akan faham. Lepas tu, diri kita akan disebelungi dengan pertanyaan "Kenapa ?". Tapi nak buat macam mana, perkara dah lepas. Jadi kita yang sekarang ni, kena ambil ikhtibar dari sejarah lampau. Simple right ?

Tapi kena ingat belajar Sejarah ni pun penting macam pelajaran lain sebab tanpa sejarah kita tak tahu macam mana negara kita merdeka, macam mana pembentukan negara kita. Bukan setakat sejarah melayu, sejarah Islam sangat penting. 

Rasanye, tak tahu nak cakap apa tau, tapi tetiba cerita pasal sejarah. Eh, sorry membebel pulak. Actually, tak baca buku lagi for next paper. Okay, sampai sini aje aku membebel. Just, nak minta korang doakan yang terbaik for us (Batch'98). Forgive me if I ever hurt you guys before. Assalamualaikum.


Friday, 12 July 2013

Ahlan Wasahlan

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Since dashboard penuh dengan entry entry mengenai kehadiran Ramadhan Karim, aku turut tertarik jugak nak menaip satu entry jugak. Satu aje tak banyak okay. Betul tak tipu. 

Maybe belum terlambat kot untuk ucap, 'AHLAN WASAHLAN WA MARHABANBIKUM YA RAMADHAN' Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. In shaa Allah. A short note, Puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga, tetapi mencegah kita daripada melakukan perbuatan yang mengikut hawa nafsu. Puasa juga mengajar kita bersabar. Bersabar menghadapi ujian Allah. Puasa juga mengajar kita bersyukur dan menyedarkan kita tentang orang lain yang tidak berkemampuan dan miskin. 

Trial ni juga berjalan pada bulan Ramadhan ni. Moga Allah permudahkan kita. Even saya ni tidak lah ready sesangat. Masih memerlukan someone or anyone untuk mengajar Math and Science. Harap adalah anyone yang sudi beri tunjuk ajar kepada diriku yang masih lemah. Titik.

Before terlupa, alhamdulilah. Berjaya siapkan a new cerpen hasil garapan sendiri. Eceehh! It just a short and a very short cerpen. Siapa sudi silalah baca. Sekadar perkongsian sahaja. Maaf jika masih ada kekurang. I'm still a new girl with writing. 

Here - Takdir Cinta. Letakkan Allah as the first love in our heart. Second Muhammad SAW, 3rd Ibu Ayah. Then, barulah kawan kawan.  Keep reading. Thank You. Assalamualaikum. Sayonara. Pray for us. (Batch '98).






Thursday, 4 July 2013

UPSR vs. PMR

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Semua orang sedang sibuk mengira hari sampai ke TRIAL yang tak lama lagi. Tapi jari aku sibuk menaip sekarang ni. Menaip entry baru. Macam sengal aje. Aku rasa pelik sangat, masa aku nak UPSR dulu, tak macam masa aku nak PMR sekarang ni. Eh tak, tak perlu pelik. Banyak transformasi dah berlaku. Dulu, aku tak pernah kenal pun semua teknologi sekarang. Aku hanya tahu komputer, laptop dan handphone. 

Kalau on komputer pun kat sekolah. Tu pun rasa macam krik..krik.. berhadapan dengan komputer. Bila nak tekan satu button rasa takutnya macam nak meletup komputer tu. Bukan main melampau lagi. Itu dipanggil buta komputer atau buta IT. Tapi sekarang, dah okay. Bukan aku takut meletup laptop tu, tapi aku rasa nak letupkan aje laptop ni kalau buat hal.


UPSR, 2010.

Bangun awal pagi. Pergi sekolah pukul 6 lebih. Orang pertama buka pintu kelas. Petang, pergi sekolah. Kalau ada tuisyen, balik sampai pukul 6 petang. Balik sekolah, malam ada tuisyen kat sekolah. Tidur, (tak ingat pulak pukul berapa). Hari sabtu, pagi tuisyen. Petang pun tuisyen jugak.

See, betapa fullnya time tu. Sekolah dari pagi membawa ke tuisyen malam. Tipulah kalau aku cakap tak penat kan. Kekadang sekolah sampai 7 hari seminggu. Orang kata, tu lah pengorbanan nak capai kejayaan. Bolehlah kan, dulu aku mana nak kenal facebook, twitter semua ni. Aku just dengar dengar macam tu aje. Keluar aje result UPSR, baru aku kenal facebook yang sebenar. Tu pun masih terkebil kebil. Acane nak guna ni ? Online pun jarang. Sampai kena block (kot) Maklumlah time tu rumah aku takde laptop jauh sekali internet.

PMR, 2013.

Bangun macam lambat sikit. Pergi sekolah kalau tak pukul 7 lebih tak boleh. (sampai kena bebel). Orang dua akhir sampai kelas. Orang lain dah habis baca mathurat, aku baru sampai. Balik petang, kalau tuisyen semestinya balik pukul 4 lebih ke pukul 6. Tunggu bas lagi. Agaknya, kalau buat homework pun boleh siap. Bukan main lama nak tunggu bas. Balik sekolah, rasa macam nak tidur. Tidur, kalau tak lebih pukul 10 mesti mata tak pejam. Hari sabtu pagi, latihan taekwondo.

Entah, teknologi makin maju. Mula kenal twitter, mula kenal blog. Dengan menatang yang entah apa apa. Handphone sekarang kekonon lebih canggih daripada yang dulu. Handphone dulu, hadiah ayah sebab dapat result bagus. Tu pun batak bukan main. Nak setaraf dengan handphone abang. Selalunya dia punya phone tu lebih mahal dari aku.

Dulu, aku tak pandai nak merungut. Merungut sikit sikit tu adalah. Sekarang asal penat mula lah nak membebel mak nenek. Kalah nenek kebayan. Tahap kemalasan makin menaik. Tahap gaban. Tidur aje yang tak malas. Makan pun kekadang macam malas. Dulu, tak tahu pun nak nangis nangis pendam perasaan. Sekarang, asal tak kuat aje. mulalah nak nangis. Buat buat macam happy, macam kuat depan orang. Padahal sebaliknya.

It's definitely different. Sangatlah. Dulu, aku tak tahu pun duduk mengadap laptop macam nak terkeluar bijik mata. Aku rasa itu semua bergantung kepada diri sendiri. Kalau kita memang betul betul nak berjaya, kita takde hal lah kalau ada menghadap laptop. Asal buku tak tinggal. Yang wajib dijalankan.

Penat mesti ada. Lepas tu kekadang stress. (paling tak suka) tapi kalau kita pandai uruskan in shaa Allah okay. Doakan kami Batch 98 untuk TRIAL nanti. Assalamualaikum.

Serius, aku tak sanggup nak tunjuk result PPT kat ibu esok. Ya Allah, moga aku dipermudahkan. Ameen.