Saturday, 9 February 2013

Sabar...

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. Hari nie bermula aku menjalani cuti sekolah sempena raya cina. Walaupun tak sepenuhnya. Setengah hari. Lagi setengah hari aku kat sekolah. Sungguh tak best. Disebabkan aku nak lebih mempratikkan apa yang dah belajar, aku pun datang ke sekolah untuk latihan taekwondo. Penat tu perkara kedua asal aku bahagia pabila dapat menyepak pet(like punching bag) tu sampai lunyai. Sepak orang kang kejam pulak bunyinya. Tak pasal pasal orang label gangster. Nak menyepak dalam gelanggang. 

Aku merepek panjang. Tiada tajuk yang sesuai untuk diceritakan. Hanya untuk melepas rindu kepada blog yang dtinggalkan berhari hari. Hari hari dipenuhi dengan homework tidak henti. Macam kejam bunyinya. Tapi that's reality. Harus segera mengejar masa. Kerja kursus dah bermula. UP1 hampir tiba. Tekanan nak menyelubungi. Mencapai buku untuk dibaca. 


Aku tak suka akan tekanan, atau stress atau apa apa yang sewaktu dengannya. Seriusly. Aku perlukan ruang. Study biar smart bukan study biar hard. So, takkan pisah aku dan phone. Dibenarkan dengar music ketika study tapi music berjenis instrument tanpa perlu seni kata. Disebabkan aku boring dengar music tanpa suara, aku pun dengar lah lagu yang ada suara. Memang mengganggu sebab aku ikut melalak macam orang tak betul. Asal kan, homework aku siap dengan sempurna. In shaa Allah...

Sabar tu perlu sangat sangat dalam diri. Kalau tak, memang langsung tak tersentuh pun homework yang cikgu bagi. Sabarkan separuh daripada iman. Walaupun penat tengok sekolah hari hari, tapi that's like our second home. Nak tuntut ilmu kena ikhlas. Hak 9A, Hak batch '98. 

Sekian
Doakan terbaik untuk aku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih. :)
Assalamualaikum.