Friday, 22 February 2013

Bersyarah

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. Bila ada masa, nie lah kerja aku. Bukak komputer, edit gambar, edit blog lepas tu update entry.
Realiti, homework bukan main lagi belambak. Kamil (Kemahiran amal islami) peringkat sekolah sekarang nie tengah buat pemilihan. Tengah tapis tapis, tengah audition, tengah saringan. Selama dua tahun lebih aku jadi budak sekolah menengah, baru tahun nie aku diterima layak jadi salah seorang peserta Kamil. Amazing! Aku pernah bagi nama, tapi semua tak dapat. Sedihkan ? Sangat sangat. Nak buat camne ? Jadi penonton setia pun best jugak.

Tahun nie, aku beranikan diri ini untuk masuk salah satu acara yang sangat tak popular dalam kalangan pelajar pelajar sekolah. Haha. Kalau pilih yang popular, sah sah tak dapat. Lagi bagus pilih yang tak popularkan.

Flashback...

Kawan kawan : Kau nak masuk apa kamil nanti ?
Aku : Syarahan. Aku teringin lah. Aku nie banyak cakap.
Nabila : Aku pegang kata kata kau.
Aku : Okay.

Dengan tak sabarnya aku isi nama untuk acara syarahan bahasa melayu. Aku merupakan orang pertama yang isi nama kat acara tu. And , rasminya aku terpilih sebab aku sorang je yang isi nama untuk menengah rendah acara nie. Ishh, neveous betul lah.  Nampak ? Memang tak popularkan acara nie.

Hari khamis, cikgu bagi 3 tajuk syarahan and 3 tajuk syarahan spontan.Then, pilih lah. Cari isi nanti cikgu tolong sikit sikit. Hmm...keliru. Bila tanya kawan kawan, diaorang kata tajuk nie. Tapi aku nak tajuk tu. Akhirnya, aku decided nak amik tajuk yang kawan kawan aku pilih, 'Aqidah Mantap Melahirkan Generasi Muttaqin'. Nervous ! Tak habis habis nervous. Doakan lah aku moga dipermudahkan time bersyarah depan audience nanti. Aminn...

Cikgu ada bagi tips tips kalau nak pidato/ syarahan. And ianya terlalu banyak kalau nak senarai. Tapi, yang paling aku ingat, persedian mental. Berfikir positif, sebab apa yang kita bayangkan itu akan menjadi doa. So, bila kita berfikiran positif, in shaa Allah kita boleh. Kedua, buat latihan depan cermin besar atau depan kamera. Hah! nie aku boleh buat. Hari hari aku bercakap depan cermin.

Masalah aku yang satu, gugup/ neveous / gemuruh and apa apa saja yang sama dengan perasaan tu. Macam mana nak hilang rasa gugup atau nerveous tu ? Cara aku, aku bercakap depan cermin. Adakalanya, aku tak rasa gugup tapi kekadang still ada. Okay, apa apa pun, doakan kemudahan untuk aku. Terima kasih.

Sekian, assalamualaikum.






Saturday, 9 February 2013

Sabar...

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. Hari nie bermula aku menjalani cuti sekolah sempena raya cina. Walaupun tak sepenuhnya. Setengah hari. Lagi setengah hari aku kat sekolah. Sungguh tak best. Disebabkan aku nak lebih mempratikkan apa yang dah belajar, aku pun datang ke sekolah untuk latihan taekwondo. Penat tu perkara kedua asal aku bahagia pabila dapat menyepak pet(like punching bag) tu sampai lunyai. Sepak orang kang kejam pulak bunyinya. Tak pasal pasal orang label gangster. Nak menyepak dalam gelanggang. 

Aku merepek panjang. Tiada tajuk yang sesuai untuk diceritakan. Hanya untuk melepas rindu kepada blog yang dtinggalkan berhari hari. Hari hari dipenuhi dengan homework tidak henti. Macam kejam bunyinya. Tapi that's reality. Harus segera mengejar masa. Kerja kursus dah bermula. UP1 hampir tiba. Tekanan nak menyelubungi. Mencapai buku untuk dibaca. 


Aku tak suka akan tekanan, atau stress atau apa apa yang sewaktu dengannya. Seriusly. Aku perlukan ruang. Study biar smart bukan study biar hard. So, takkan pisah aku dan phone. Dibenarkan dengar music ketika study tapi music berjenis instrument tanpa perlu seni kata. Disebabkan aku boring dengar music tanpa suara, aku pun dengar lah lagu yang ada suara. Memang mengganggu sebab aku ikut melalak macam orang tak betul. Asal kan, homework aku siap dengan sempurna. In shaa Allah...

Sabar tu perlu sangat sangat dalam diri. Kalau tak, memang langsung tak tersentuh pun homework yang cikgu bagi. Sabarkan separuh daripada iman. Walaupun penat tengok sekolah hari hari, tapi that's like our second home. Nak tuntut ilmu kena ikhlas. Hak 9A, Hak batch '98. 

Sekian
Doakan terbaik untuk aku. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih. :)
Assalamualaikum.