Friday, 18 January 2013

Homework

ASSALAMUALAIKUM





Hi there. Aku sedang menjalani liku-liku cabaran sebagai calon yang bakal menghadapi peperiksaan besar. Adakah anda merasa apa yang saya rasa ? Kalau ya, anda seorang yang bagus. Hari hari aku hanya dipenuhi dengan kerja yang tidak henti. 7 hari seminggu aku takkan terlepas daripada homework. Bila sehari takde homework atau aku berjaya siapkan homework, itu sudah bermakna bagi aku. Tapi jangan terlalu gembira. Banyak lagi kerja yang bakal menanti kau. 

Aku rindu kau blog. Aku nak menaip lagi macam sebelum sebelum nie, tapi masa sangat mencemburui aku. Jadi, aku hanya bisa menulis saja. Pensil dan pen peneman aku. Tidak lupa kepada buku buku yang sweet tu. Alhamdulilah, aku semakin menguasai dan memahami apa yang aku tak faham. Berkat fokus. Fokus itu penting. Aku dah mula suka dengan pelajaran yang dulu dianggap susah dan tak suka. Ini baru permulaan.

Aku akan try my best. Penat tu memang penat. Aku tak tipu. Kalau nak rasa, silalah jadi salah seorang calon  PMR. Rabu dengan khamis ko-ko. Sabtu nie start latihan taekwondo. Isnin dengan selasa walaupun balik macam biasa tapi aku masih rasa balik lambat. Sampai rumah pukul hampir 3.30 petang. Akan ditambah dengan tuisyen yang akan datang.

Bukan saja homework dibekal, tapi modul bahiroh yang terbaru pun dibekal buat kami. Cikgu cikgu memang baik hati dan prihatin. Pengetua pun tak kurang. Prihatan yang terlebih. Paling penting, Ibu pun bagi perhatian lebih. Every question pasal pelajaran mesti ibu jawab lagi lagi sejarah. Terima kasih ibu. :)

Sekian saja aku menaip. Please doakan aku. Assalamualaikum.