ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Awak, tengok wajah blog kita. Blog kita tukar wajah baru. hahaha. baru lah sangat. Boring tengok yang lama tu. So, kita tukar baru lah kan. Comel tak comel belakang cerita. Awak suka, saya pun suka. Awak nyampah, kita lagi menyampah. hahaha. mengarut.
Esok jumaat, lusa sabtu, tulat ahad, lalat isnin. Eh? tetiba je. Setiap kali update blog mesti nak cerita pasal sekolah. Boring kan ? Macam takde model lain je. Tahulah calon P.M.R. Busy mengalahkan PM pulak. Adoiii!! Nie baru bulan Januari, esok dah masuk bulan Februari. Sedar tak ? Masa berlalu dengan laju. Macam F1 tak ? Entah lah, hari hari buat benda yang sama. Sampai dah hafal. Sebab itu adalah daily. And good news! tahu tak ? Isnin sampai Khamis, balik pukul 5 petang. Dibawah panas terik, aku dan kawan kawan menunggu bas di bus stop berdekatan dengan masjid. Bas pulak, mesti semuanya milo. Tunggu meletup, tak meletup meletup.
Jumaat memang tak balik sampai pukul 5. Tapi.....haaa. Balik pukul 12 noon bagaikan balik pukul 5 petang. Sama je keadaannya, balik pukul 12 or 5 ptg. Ngantuk mesti akan rasa. Kalau ada bantal, memang nak tidur. Tapi, aku sedar tu bus stop bukan tilam yang empuk. So, menguap je.
Lusa Tengku Asmadi Tengku Mohamad, datang sekolah, M.A.P Bersyukur beliau sudi datang ke sekolah untuk berkongsi ilmu dengan kitaorang. Terima kasih. Ada hikmah aku jumpa buku M.A.P sepupu aku punya. Tak sangka Tengku Asmadi datang sekolah. Yeyy!! :D
Aku merungut ? I don't think so. If kau di situasi aku, kau juga akan mengalami benda yang sama and kau akan tahu rasanya. Best, tak best. In shaa Allah, aku nak update lagi. Tapi masa mencemburui aku. So, aku update sesempat aku. Sekati lah, malam ke, pagi ke, petang ke. Harap sudi membaca.
Sekian, assalamualaikum.

