Monday, 5 November 2012

K E N A P A ?


Hey korang. Isnin yang indah. Indah ke ? entahlah sebab hujan tadinya. Tiga hari sudah cuti bermula. tapi... aku harap, hari jumaat tu hari last aku nampak dia. Dan, merupakan hari last juga aku bercerita pasal dia. tapi...memang tak nampak bayang dia, bercerita pasal dia nie yang tak nak hilang bayangnya. Sabar je. Aku rase naik bosan. kepada yang mendengar pun naik bosan dan menyampah agaknya. Macam aku nie tak ade cerita lain. Sorry kacau korang dan telinga korang untuk dengar cerita aku yang serius membosankan kan? Tak ape, kepada yang sabar/rajin mendengar terima kasih tau. Syg korang! aku kena cari seseorang untuk bercerita. lepas dah cerita aku akan lega. At least kat kertas. Benda tu tak adelah mengganggu aku lagi. 

Sungguh mengejutkan kan aku. Tapi bukan terkejut pun. Terasa adalah! hmm...Selama nie aku SS ?! eh, memang pun lah. aku tak nafikan. Aku rase lepas apa yang aku bace semalam tu, buad aku rase yang dia mungkin tak pandang aku pun. Alhamdulilah. Aku SS. Tapi aku bukan 'timba'. SS dalam diam aje.  Budak, kau tahu  tak ? mestilah takkan. Semenjak dua menjak nie, bukan dua dah. tiga,empat,lima menjak. Aku banyak cerita pasal kau. Aku sendri tak tahu kenapa. Kenapa ? Aku senanye bosan cerita pasal kau aje. Tapi bosan-2 tu lah aku tak stop cerita pasal kau. Aku nak stop tapi...macam tak boleh. Kesian kat kau asyik tercekik tulang sebab ade yang menyebut nama kau.  

Azam aku awal tahun, aku tak nak cerita pasal kau. Aku nak study betul-2. Sebab aku nak jadikan apa yang dah jadi sebagai pelajaran tuk aku. Biar padan muka aku! Gatal sangat. Tapi disebabkan macam-2 peristiwa dah jadi, aku terus cerita pasal kau. Bonyoknya aku! Aku pelik, apa yang istimewa sangat kat kau ? kau macam orang lain jugak. Ade kelebihan ade kekurangannya. Budak, aku harap 'grup' yang kau mention tak termasuk aku sekali. Dan aku nak kau tahu, even kau tak pernah bace blog aku. aku kawan dengan dorang tak semestinya aku pun sama macam dorang. Aku kawan dengan semua orang. Sorry lah kalau aku nie gile-gile cikit. Manusia tak pernah lari daripda buad salah. Aku just budak biase.

Budak, aku kadang-2 marah sangat dengan kau tapi kadang-2 aku rase buad apa aku nak marah kau, aku yang salah. kau yang patut marah aku. Aku marah sebab aku rase lembutnya hati kau nak maafkan aku. Setahu aku, lelaki nie egonya tinggi melangit, tapi rupanya aku salah. Tapi tak tahu kalau kau simpan sendiri kan. Hati orang mana kita tahu. Aku bukan rapat sangat dengan kau pun, So memang tak tahulah kan. Orang kate, kenali diri sendiri dulu sebelum kenali dan fahami diri orang lain. 

Budak, kalau kau benci atau tak suka aku, aku tak kesah. aku still anggap kau kawan. Tapi aku aje yang anggap kau kawan, tak tahulah kau anggap aku apa. Aku harap jgn anggap aku musuh. Kita kawan k. Ikhlas buat budak! Harap kau tak bacanya sebab kau memang takkan membacanya sebab kau tak tahu ade entry nie tuk dibaca. Kbye budak.