

Hey korang. Hai dan hai. *menguap.* Ngantuk kot. Ade orang tu, suruh jadi posgirl dia. So, terpakse bangun. Nanti nangis pulak.*opss! terkutuk* Ade aku kesah ? Aku tak campur rumahtangga orang. Hahahaha. Okay, abaikan lah rumahtangga orang tu. Nie nak cerita nie. Semalam kan, semalam kan. Aku kan hang out dengan kengkawan tau. Syokk giler meyy. *Sila jeles awak* K tapi aku taknak cerita sekarang, sebab gambanye takde dalam lappy. Entahlah, bluetoothnye gile. Part mane entah yang tak betul. Ergghhh! >_<
Sekarang nie, apa yang aku nak cerita adalah...semalam tengok TV tak ? TV1 atau 101,astro. Best kan ? Nie pun syok jugak. Apa dia erk ? Yang pasti bukan dramalah. Malaysia lawan Laos lah. Ya, Malaysia menang. 4-1. Hebat kan ? :* And tak sia sia gua duduk depan TV tu dengan famili sokong bagai nak rak sampai bergema satu rumah. Hahaha. Overall, dorang main semalam tu memang terbaik lah. *so good.* Dengan pertukaran posisinye semua tu. Aku rase, takpe kot kalah time lawan singa hari tu. At least, bile dorang dah tukar posisi, kan nampak menyerlah lagi. hehehe. Kaki ibu aku yang sakit, beransur baek bila Malaysia dapat gol. :D
Terima kasih Abang Safiq Rahim untuk gol pertama daripada sepakkan free. Ayah aku kate dia memang power kalau sepakkan free and tu yang Indon takutkan. Cumenya..ayah aku kate, dia kureng hensem lah. Oh maybe, misai atau janggut dia kot. Sokay, asal dia punye gol tu hensem and awosome kan kan ? muhehehe.
Terima kasih Abang Safee Sali untuk gol kedua. Aku paling kesian tengok dia nie. Sebabnye, dari first maen, bila nak golkan je, ade je halangan. ish! geram betol. Tapi dia bagi satu gol jugak. Lega dia sesangat setelah berpenat lelah. Okay lah tu, daripade langsung takde. Lagipun, dia selalu susah nak dapat bola. Time lawan dengan Singa, lagilah. Kalau tak, memang berbijik bjik boleh masuk. Tapi bukan rezeki kot.
Terima kasih buat Abang paling hensem antara 4 orang yang masukkan gol. Wan Zack Haikal. Auww :* *gedik pulak* Gol dia pun awosome jugak. Main tanduk je. Naseb bek tak keluar tanduk. :P And dia pencentus gol kepada Safee sali. Ayah aku kate, dia pun power jugak. Memang tak salahlah dia duduk posisi tengah.
Terima kasih Abang Khyrill Muhaimeen *betol ke aku eja?* Baru baru masuk padang je terus sumbat gol. Terbaik lah. Memang tak sia sia lah dia masuk tukar dengan Safee sali. Act, satu gol Laos tu, gol tak sengaja atau tak sangka. Tapi sokay, Malaysia berjaya tambah lagi 3 gol. Kau ade ? harhahar :P
Tahniah untuk kemenangan Harimau Malaya. Menang menang jugak. Tapi jangan lupa perlawanan dengan Indonesia nanti. Do the best K. Kami hanya menyokong dari belakang. ;')

Susah nak nampak senyumannya time tengah perlawanan. Senyumnya mahal tau. xD
Gamba gambar pemain takde. Sebab Internet slow macam siput vavi. :P So, letak gamba couch dia pun dah cukup. Apa apa pun, thanks you to Datuk K. Rajagobal. Dia nampak tegas sebab apa apa hal, kalah menang dia yang dapat nama. Kesian tau. :'(. Yang kutuk tahu apa. Tahu kutuk je. Cube turun padang maen sana, boleh gol ke tak. Jangan tahu kutuk je. Ingat tu ? Oh ya,sebelum terlupa. Nak pesan cikit, Berfikir sebelum menaip k kat Twitter tu. Berani sangat ke nak buat hah ? Act, aku malas nak amik tahu tapi disebabkan dah banyak status menyemak pasal budak nak potong ******** kalau Malaysia menang lawan Laos, kat news feed tu. K stop. Malas nak cerita panjang. Kalau kena aku nak tutup je acc Twitter aku dengan Fesbuk aku. Aman dunia kan ? :') Takde lah kena dengar / bace yang pelik pelik macam tu. Ish3, tak paham aku dengan orang sekarang. Tak payah paham pun lagi bagus. K selamat berjaya Harimau Malaya menentang Indonesia. Harimau kasi baham garuda. K bye. Assalamualaikum.
BUSUK BUSUK HARIMAU MALAYA, ORANG KITA JUGAK. FOREVER HARIMAU MALAYA ♥


































