Friday, 7 June 2013

Outdoor Activity

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. Cuti tinggal dua hari lagi. Yeyy! Kan aku dah cakap cuti 2 minggu ni bukan lama sangat pun. Eh? Bila masa aku cakap ? Oh, lupa. Aku cakap kat ibu aku. Sekarang ni aku tengah basuh baju. Sementara tunggu baju tu spine, aku online lah kejap. Lepas ni bukan boleh selalu online atau blogging sangat pun kan. 

Isnin lepas, aku dengan kawan kawan main badminton. Actually, dah lama rancang tapi baru jalan. Kami empat orang je. Main beregu. Orang lain main petang petang, kami main pukul 4 petang. Panas tengah memancar di atas kepala, angin bertiup bukan main sempoi lagi bahasa. Tak kesah pun, yang penting kami happy giler. Bila shuttle tu tak ke sasaran, semua salahkan angin. Shuttle tersangkut kat bumbung, angin juga yang tolong. Adil kah ?

Tak nak cerita banyak sangat. Sebab entry ni, entry happy tau. So, tak sah kalau takde gambar.  Nanti hambar pulak. 

Ku hanyalah penghibur jalanan.



Kami ni simple sangat sampai pakai selipar je. ahak.


Pandang Haida.


Pandang Illyana


Suka candid.




Ni teleng 180 darjah je. 


Lepas dah penat, kita berehat bersama air sirap. 


Banyak lagi gambar nya. Kalau campur dalam kamera aku dengan kamera haida mesti penuh entry ni. Kita pilih yang giler cun punya tau. Happy tak muka kami ? Gambar last tu kami bukan main bergolek lagi atas rumput. Konon macam filem hindustan. Dan, itulah hasilnya. Illyana dah balik asrama. Bye sayang! Kalau ada rezeki jumpa lagi. Aku tahu kau akan rindu aku, babe. Ahah. Bersukan itu elok untuk kesihatan. 1 Murid 1 Sukan kan. Hmm, aku dah berjaya kurangkan penggunaan internet. Alhamdulilah. Sayonara. Assalamualaikum.









Saturday, 1 June 2013

Spending holiday

ASSALAMUALAIKUM

Hi there. Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah, jadi al-kisahnya pun mengenai cuti sekolah. Awal awal lagi aku dah confirm yang cuti 2 minggu ni hanya di habiskan di rumahku syurgaku. Bila aku tanya dengan ibu dan ayah, cuti sekolah ni nak ke mana ? Jawapannya mudah saja.

"Tunggulah lepas PMR. Nak pergi mana, pergi lah." 

Walaupun hati ini rasa macam ahh...nak menangis dengar. Tapi aku tahankan je. Cool baby. So, cuti sekolah ni aktiviti aku banyak tertumpu kepada mengemas. Mengemas, menghias, menampal dan membersih bilik. Macam belajar KHB form1 bab1 je. Aku tertarik nak buat bilik aku macam dorm asrama. Merepek!

Ada jugak pergi ke sekolah. Tapi bukan sebab tuisyen. Oh no babe! Sekolah saya tidak menyediakan tuisyen pada cuti sekolah. Ahak. Statment mintak penampar daripada pengetua je. Maisarah ajak buat kerja kursus. So, ikut jelah. Alang alang boleh tengok dorang memanah. Dapat pahala. Memanah kan sunnah. Jadi rajin rajinlah tengok orang memanah kalau kita sendiri tak mampu nak memanah.

Actually, aku kurang suka buat kerja kursus. Malas sesangat gaban nak buat. Tapi disebabkan ianya adalah a part of markah PMR, terpaksa aku kuatkan jugak untuk buat. Nak baca novel, dah tamat satu novel. Nak baca 'The Wedding Breaker' yang menjadi kegilaan ramai, takut homework langsung tak jalan. Karang ada jugak yang kena humban keluar kelas. Baik aku perap dulu sampai jadi pekasam, lepas tu jemur. Baru baca. Haha. Hambar.

New Rules and Regulations. Allah. Pun boleh.

Sedang cuba untuk biasakan diri dengan semua tu. Tapi serba sikit dah biasa. Cuma....


Kanan : Bilik
Tengah : Semua
Kiri : Almari


Terlebih kerja macam ni lah jadinya. 

Spend lah cuti 2 minggu ni sebaik nya. Aku ni kira untung lagi. Adalah jugak keluar rumah.Daripada orang lain, entah entah ada yang langsung tak keluar rumah. Eh, bunyi macam melampau sangat je. Okay, lepas ni aku dah tak boleh, menatap blog ni lama lama. Lepas ni, aku dah busy. So, take care semua. Doakan aku okay. Assalamualaikum.