Tuesday, 26 March 2013

Non Motif

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. Tak punye apa apa motif aku menulis entry pada pagi pagi buta ni. Hanya sekdar memenuhi entry yang sedia ada di blog ini. Cuti sekolah dah empat hari berlalu. And, aku baru menyentuh homework sejarah. Teruknya rasa. Well, that's reality. Konon hanya bersungguh sungguh pada awalnya, and now, just laptop sebagai tatapan sampai nak terkeluar biji mata. Konklusinya, harus segera capai homework a.k.a 'ole-ole' and buat sehingga siap. 

Kerja kurus Sejarah hampir siap dengan bahan yang diperlukan. Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Video berjaya di rakam dengan baik sekali. Terasa diri aku seperti seorang photographer, walaupun dengan hanya menggunakan kamera digital biasa yang tak setanding dengan DSLR atau apa apa yang seangkatan dengannya. Sikit pun tak menjadi permasalahan atau isu besar pun. 

Bahu aku terasa ringan sikit. Stress mula menghilang. Dua tugasan yang 'agak' besar dah selamat selesai. Alhamdulilah. Aku tak boleh alpa. Masih banyak tugasan menanti aku. Yang datang bergolek golek umpama ayam golek bakar. Dramatis sangat bunyinya. Abaikan. Yang penting sekarang, aku kena score A, BM untuk menebus kembali markah UP1 yang dianggap sebagai 'teruk'. Menangis saja tak berguna kalau takde usaha. 

Sikap 'Pilih Kasih' mula terselah dalam beberapa subjek. Aku rasa macam selfish pulak. Fine, I've to try my best dalam semua subjek tak kira aku suka atau tidak. Sama ada best atau tidak. Ataupun, cikgu cikgu yang terlalu mencari 'kesempurnaan' melampau. In shaa Allah. Bantu dan bimbing aku please...

Last but not least, Happy Birthday, Bieha. My chit chat friend di waktu malam ketika menyiapkan homework. Aku akan sentiasa lend my ears to hear your stories. Don't worry, okay? Always happy and no more tears anymore. Moga suksess dunia dan akhirat, panjang umur, and dimurahkan rezeki. Aminn...
Assalamualaikum..




Saturday, 23 March 2013

Puisi Buat Mereka

ASSALAMUALAIKUM



Perwira,
Pelindung dikala kami keperitan 
tanpa mengharap sebarang balasan
Kau Pejuang Kami.

Perwira,
Rela mati dimedan perang 
demi negara dan bangsa
Kau Pejuang Kami.

Perwira,
Tanpa kalian, mungkin kami tidak mampu bertahan sehingga sekarang
Kau Pejuang Kami.

Perwira,
Tanpa rasa gentar dan takut
kau terus mengangkat senjata
demi memastikan tanah air tercinta
selamat daripada serangan penjajah
Kau Pejuang Kami.

Perwira,
bersemadilah dengan aman
Jasa dan pengorbananmu akan kami kenang untuk selama-lamaya
Kau Pejuang Kami.

11 MAC 2013(ISNIN)

Idea datang bergolek untuk menulis puisi ni ketika saya sedang exam paper Sejarah. Saya tujukan khas buat perwira dan perajurit di Lahad Datu, Sabah yang berjuang demi kesejahteraan neagara. Kau Pejuang Kami. Maaf jika ada kekurangan. Assalamualaikum.

Monday, 18 March 2013

K.A.M.I.L

ASSALAMUALAIKUM




Hi there. Sabtu lepas ada Kamil lagi peringkat Zon 3. Terdiri daripada 6 sekolah yang bersaing. Persaingan yang cukup sengit. Tapi seronok sangat. Alhamdulilah, aku terpilih dan dipilih oleh cikgu wakil sekolah untuk acara Syarahan Bahasa Melayu Menengah Rendah. Dan, paling seronok lagi bila ia tidak terlalu mengecewakan. Aku sedar yang saingan cukup sengit and aku rasa tak tahu nak cakap apa. Bayangkan apabila aku dapat undian pertama. Punya rasa macam nak terkucil. Rasa nak balik pun ada.

Tapi demi sekolah dan semua, aku kuatkan jugak. Tu dia padahnya, bila aku asyik harap tak nak undian pertama. At the end, terimalah. Sememangnya, banyak yang aku nak ceritakan tapi masa tak menyucukupi dan aku rasa sehari tak habis. So, here beberapa picture yang sempat diambil sebelum balik.


#Tholhah peserta lelaki untuk menengah rendah.




Didie - Azira - Shiera - Syai


 Alhamdulilah.. :)

Tahniah to peserta perempuan Sam10 menengah rendah. Awak, memang hebat and patut menang. Saya doakan awak menang untuk peringkat negeri nanti. Aminn..Saya  tak sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Saya masih baru  and masih banyak yang perlu dipelajari. Apa apa pun, alhamdulilah and bersyukur kepada Allah kerana saya diberi peluang sampai ke peringkat ni. Tahniah jugak saya tujukan buat semua yang berjaya. Walaupun tak bergelar johan. You did the best. Terima kasih kepada yang terlibat yang secara langsung atau tidak langsung. To kawan kawan yang sentiasa sokongan, kata kata semangat. Terima kasih so much guys.

To Kak Yuni, tahniah dapat johan. Sorry, kita tak dapat pergi negeri sama sama dengan akak. Mungkin bukan rezeki kita. Thanks atas segala bantuan dan tunjuk ajar daripada akak. Atas tunjuk ajar akak, kita dapat merasa sampai ke peringkat zon. Syukran kasirun ya ukhti. Okay, that's all. Assalamualaikum.

Friday, 8 March 2013

Alhamdulilah..

ASSALAMUALAIKUM...



Hi there. Syukur alhamdulilah ke hadrat Ilahi. Ingat tak hari tu aku ada cakap yang aku masuk Kamil ? Here the post. So, alhamdulilah... Allah makbulkan doa aku. Untill now, aku masih macam tak percaya lagi. Subahanaallah... betul ke nie ? *lempang pipi* Even, as the reality, aku baru first time masuk acara nie. Kalau diikutkan, masa memang tak mencukupi. Tiga hari sebelum Kamil sebenar memang busy giler bapak. Dengan nak latihan Kamil lagi, nak tuisyen lagi. Tu belum lagi budak lain yang nak latihan netball semua.

But, alhamdulilah, tiga hari tu dapat dimanfaatkan dengan baik. Hari selasa belajar intonasi and hafal teks. Hari rabu, praktis depan cikgu pastu belajar gaya. Sampai suara jadi pelik. Alhamdulilah membuahkan hasilnya. Sepanjang tu jugak, asyik menghadap pusat sumber yang menjadi tempat untuk praktis.

Even dalam hati nie Tuhan saja yang tahu perasaan nervous aku macam mana. Tapi, aku cuba always positifkan minda aku. Tangan bukan main sejuk lagi time bersyarah. Sebelum tu, akak Yuni ada pesan baca Surah Al-Insyirah pastu minum air. Serba sedikit kurang nervous. Nasib baek aku dapat undian kedua. Boleh tengok yang lain dulu. Paling best, bab syarahan spontan. Memang semua tergagap jugak, termasuk aku! Alhamdulilah, tajuk yang aku dapat, aku dah hafal sikit. Tapi tu pun still terlupa lupa. huwaaa...

Disini, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada.... Kak Ayuni, cikgu Norlida, kawan kawan, akak form 6, yang sentiasa membantu and menyokong sepanjang latihan sehingga Kamil yang sebenar. Thak You soo much. Saya hargai sesangat jasa korang kat kita. Thank a lot kak Yuni sebab sanggup tolong kita buat ayat best best untuk teks syarahan. Kita gembira dapat berlatih dengan akak. :*

Last not least, Firqah Abu Bakar in My Heart. Tahun nie, Abu Bakar terus bangkit!! Kepada yang kurang bernasib baek, it okay awak, awak dah do the best. Awak berani mencuba. Mungkin tahun depan awak cuba lagi dan menang. In shaa Allah...aminn...



Sekian, assalamulaikum. 


Friday, 1 March 2013

Busy Month

ASSALAMUALAIKUM


Hi there. First day of Mac. Happy Birthday, Nani. My cuter assistant class. Moga Allah panjangkan umur dan success in PMR. Aminn... Selsema mula menyelubungi, tekak rasa tak sedap dan suara mulai sengau. Ubat tolak jauh jauh. Rasa macam nak tidur je dan tak nak pergi sekolah. Hmmm...

Bulan Mac merupakan bulan yang agak busy. Penuh dengan aktiviti. Minggu depan, isnin sampai rabu, belajar macam biasa. Khamis, pertandingan Kamil yang sebenar. Just ada masa beberapa hari sebelum Kamil. Hafal pun belum, praktis pun belum sangat. How ? okay, (tarik nafas then hembus) Keep Calm. And think positive. Capai teks, pergi depan cermin, and set masa.

Seminggu lepas tu, ujian prestasi 1. Wow! that's so awesome. Dua minggu busy itu ini, bila masa nak pergi ke tempat kajian untuk kerja kursus ? Lepas habis ujian lah jawabnya. Tak pun time cuti penggal pertama nanti. It okay. Kita dahulukan mana yang penting lepas tu baru buat yang lain kan ?

This Monday, one more birthday in Mac. Happy Birthday, Nabila. Moga dipanjangkan umur and success in PMR too. Be happy and gud luck for Kamil. In shaa Allah..aminn. Terima kasih sebab selalu tegur aku kalau tersilap. Thanks for all. Sayang kau! :D

Sekian, doakan aku please. :) Assalamualaikum.